Tuesday, March 13, 2012

Paduan warna menawan

Selain merah jambu, saya juga menyukai warna hijau lumut. Ia menarik apabila digandingkan dengan putih.



Begitu juga jika merah hati digandingkan dengan putih, juga tidak kurang menawan. Merah adalah warna hangat, manakala putih adalah warna neutral. Di sini kehangatan merah telah diredakan oleh putih, sekali gus mengurangkan kesan menikam pandangan.

Kredit gambar : small-home-decorating-ideas-pictures-1-Wndows Life Photo Gallery

Pinky & White, I like!



Pinky & White.

Dari segi hiasan dalaman, warna merah jambu dikaitkan dengan gaya untuk anak perempuan. Saya memang menyukai warna merah jambu tetapi Si Dia pantang melihat warna ini. Katanya, ia warna kampung! Saya tak setuju dengan kata-katanya. Disebabkan bertentangan pendapat, maka sukar bagi saya untuk menerapkannya di rumah sendiri. Lihatlah idea hias bertemakan warna merah jambu ini. Ketegangan tona merah diredakan oleh warna latar putih. Gandingan merah jambu dan putih ternyata manis, memang sesuai untuk anak perempuan peringkat kanak-kanak mahupun remaja.


Gambar daripada sudut dekat, menonjolkan keindahan warna tema merah jambu dengan dua remaja posing santai. Memang cun, ceria lagi memikat. Bagi mereka yang berkenan, bolehlah mencontohi gaya penataan ini.
Gambar dipetik daripada laman sesawang http://niriti.com/bedroom-design/charming-barbie-bedrooms-ideas-for-girls.html.

Friday, February 24, 2012

Malangnya Si Burung Itu!


Setelah penat mendongak melihat si dia memasang langsir, saya melangkah ke luar bilik untuk meredakan lenguh leher kerana terlalu lama memandang ke atas. Ini adalah langsir sementara, kerana yang betul-betul belum dibeli lagi. Sampai keluar di ruang tamu, saya terkejut melihat sesuatu. "Apa tu?" Bisik hati. Kelihatan seperti benda hidup tetapi kelihatan kaku di lantai.


Saya terus mendekatinya, lalu menyedari bahawa ia adalah seekur burung yang sangat cantik. Bulunya berwarna hijau kebiruan, cantik dan gebu. Sayangnya ia seperti sudah mati, terlantar kaku. Apa telah jadi pada burung ini? Mengapa ia mati? Lantas teringat, beberapa hari lalu, Pak Cu Wee memberitahu saya, beberapa ekor burung mati terlanggar kaca tingkap sewaktu rumahnya baru siap.

Kalau tidak kerana Pak Cu Wee memberitahu begitu, harus pening kepala saya memikirkan kenapa burung itu mati di dalam rumah? Mungkin sahaja saya akan terfikir, ada orang ingin menghantar sesuatu niat jahat..he he he... macam terpengaruh dengan cerita misteri je... Tapi tak boleh juga berfikir begitu, kerana burung yang mati itu dalam keadaan baik, tidak ada darah, malah seperti sedang lena tidur. Jika difikir secara logik, percayalah saya bahawa tingkap kaca lut sinar yang berderet itu telah mengelirukan pandangan burung, sehingga terlanggar dan patah lehernya.



Lihatlah burung malang ini. Ternampak saja burung itu, saya lantas menjerit memanggil semua yang ada. "Ayah, tengok kenapa burung ni!!" Pada mulanya ayah juga hairan. Perlahan-lahan dia mendekati burung itu dan cuba melihat sama ada ia betul-betul sudah mati. Memang pun, ia sudah kaku dan tidak bergerak lagi.


Kalaulah burung ini masih hidup, tentu saja boleh disembelih dan dimakan. Tapi melihatkan rupanya yang comel, saya tidak pasti boleh menelannya atau pun tidak kalau dimasak. "Burung apa ni ayah?" Soal saya. Ayah yang pernah tinggal di pinggir hutan dan meneroka kebun, tentu saja kenal jenis-jenis burung, bisik hati saya.

"Inilah burung punai kata ayah," kata ayah.
"Betulkah? Oh begini rupanya....Cantik juga burung punai ni ya!" Saya suka warnanya yang hijau kebiru-biruan. Kami semua kasihan melihat burung ini yang malang ini.

Si dia juga teruja melihatnya. Dia lantas memegang kedua-dua hujung sayap. Ini dia rupa burung punai berkenaan apabila dipandang dari belakang.

Ini pula pandangan dari depan. Saya lantas terfikir, alangkah baiknya jika burung ini masih hidup. Memandangkan ia sudah mati, saya terfikir juga untuk mengawetnya, tetapi bagaimana? Bukan pernah ada pengalaman mengawet haiwan pun. Kalau diawet tentunya cantik macam burung-burung yang dipamer di muzium. Takkan nak minta tolong orang muzium? Lupakan sajalah! Nak tahu apa jadi dengan bangkai burung ini? Saya fikir si dia menggali lubang dan `mengebumikannya` tetapi apabila ditanya, dia menjawab: "Sudah dilemparkan ke dalam kebun kelapa sawit di sebelah!" ... Aduhai, kesiannya si burung itu!




Menyempurnakan kemasan rumah baru.


Assalamualaikum, lama sungguh tidak mencatat di sini. Dari sehari ke sehari bertangguh, sedangkan banyak yang dihendak dirakam sebagai kenangan. Sebulan dua yang lalu, sibuk dengan kegiatan menyempurnakan rumah yang kami bina [untuk ayah dan emak duduk]. Kontraktor enggan muncul selepas diberi kata putus, "Saya nak tengok semua kerja selesai hujung minggu ni. Kalau tak nampak apa-apa perkembangan, bermakna DNA (ringkasan nama syarikat itu) tidak berminat nak siapkan rumah ni. Dan ini juga bermakna DNA menarik diri sendiri (self termination)." Wah tegas betul kata-kata saya tu ya, tapi bukan kata-kata pun.. ia hanyalah catatan peringatan menerusi sms.

Disebabkan malu atau rasa bersalah atau memang sengaja hendak tinggalkan kerja, kontraktor terbabit tidak muncul pada hari yang dijanjikan. Cadangan pertemuan pada hari itu adalah untuk mengesahkan baki, pengurangan atau penambahan..sebelum kami dapat menyelesaikan pembayaran sepenuhnya. Bayaran yang kami anggap sengaja direka-reka kemudian, perlukan perundingan. Adakah patut dia meminta bayaran asing untuk pemasangan siling dan cat, sedangkan sepatutnya termasuk dalam kos pembinaan yang ditetapkan sejak awal.

Kami memberi masa selama empat bulan tetapi masuk lapan bulan, tidak siap-siap juga. Kalau terlewat dua bulan, boleh lagi diterima. Jika dibiarkan akan menjadi setahun! Saya tidak mahu begitu. Sebenarnya saya bukannya tidak boleh tunggu, lebih setahun pun boleh tunggu. Masalahnya ayah tak sabar nak duduk, katanya: "Ayah harap, sempat duduk di rumah ni beberapa tahun. Maksud ayah, bukan dia saja..dia nak sangat agar Mama sempat tinggal di rumah baru itu.

Kata ayah lagi: "Dulu-dulu, kami tidak pernah hidup selesa... rumah pun macam pondok saja." Itu cerita sewaktu ayah mula berhijrah ke Pahang dan bekerja sebagai petani. Berkat kegigihan ayah, kehidupannya berkembang dan kemudan berjaya membuka perniagaan. Kemudian ayah dan mama sibuk menguruskan kedai. Kebun diserahkan kepada orang lain untuk diuruskan. Dan selepas itu, bermulalah pengalaman kami duduk di rumah kedai.

Kerana ayah tidak sempat untuk membina rumah yang selesa, maka ayah meminta saya membina rumah di atas tanahnya di kampung. Akhirnya tercapai juga impian. Rumah yang diidamkan sudah tersergam di hadapan mata. Mama yang beberapa bulan lalu terlantar sakit, kini beransur sembuh. Daripada makan bersuap kini, boleh makan sendiri. Ayah semakin gembira. Masih ingat lagi, betapa susahnya hati ayah apabila mama jatuh sakit buat kali kedua. Doa ayah dan doa saya agar mama segera sembuh termakbul jua. Alhamudillah.

Berikutan itulah saya dan si dia bertungkus lumus menyegerakan penyempurnaan rumah berkenaan agar ayah dan mama dapat segera duduk. Kerja yang terpaksa kami selesaikan sendiri adalah mengemaskan permukaan pintu kayu. Kami sengaja memilih untuk membuat sendiri kerana kalau mengharapkan tukang, mereka akan membuat tidak kemas dan comot! Maklum pekerja yang sama membuat semua kerja. Tiada pengkhususan. Hanya yang pakar dalam bidang tertentu akan menghasilkan sesuatu yang cantik dan bermutu. Disebabkan hendak jimat kontraktor menetapkan pekerja yang sama membuat semua kerja, daripada peringkat binaan hinggalah kemasan.

Membuat sendiri kerja-kerja kemasan pintu memasang langsir memanglah cerewet dan amat memenatkan. Hanya satu hari saya dapat peluang mengumpul semua anak membantu. Orang muda memanglah banyak tenaga, tapi susah betul nak ajak mereka pulang ke kampung. Ada saja alasannya. Dapat buat kerja beramai-ramai satu dua hari, pun sudah bersyukur.....

Gambar memaparkan ragam mereka sewaktu membuat kerja pada satu hujung minggu.



Kalau sudah orang kampung, orang kampung jugalah. Sudah disedia meja besar, tetapi ayah tetap nak makan sambil duduk bersila. "Ayah rasa tak kenyang kalau makan duduk di kerusi", kata ayah. Cara hidangan seperti ini tidak pernah berubah...sempoi, berlapikkan kertas surat khabar. Yang penting ada sambal dan ikan singgang! Dan dapat makan penuh berselera!


Mengemaskan rangka pintu belakang dengan mengenakan sapuan warna antik seperti pintu depan.

Dianya sudah dua kali datang membantu. Sedang mengemaskan sapuan warna kayu di celah-celah garisan jalur hias pada pintu depan.

Di mulakan dengan kerja melicinkan permukaan pintu dengan kertas pasir. Mempunyai paling banyak tenaga tetapi paling kedekut nak buat kerja.

Pertama kali dapat datang membantu, sebab duduk di asrama. Cuti hujung minggu rela duduk terperap di rumah melayan game di komputer.

Wednesday, February 15, 2012

Jamuan Lagi.

Apez yang kelakar...

Hari ini, hari yang bahagia buat diriku. Apabila tiada duka menyentuh kalbu, riang ria pun bersarang di jiwaku. Mesyuarat bulanan berjalanan lancar, diikuti majlis makan untuk kawan-kawan sepejabat yang diatur sejak seminggu lalu.

Masing-masing membawa makanan, enak-enak belaka. Rakan yang datang memuji enak, makanan yang banyak, pantas dijamah. Mereka pulang ke unit masing-masing dengan perut yang kenyang.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!


Bersiap-siap dengan hidangan.

Macam meriah je... memang pun!


pencuci mulut Nadia

Friday, January 27, 2012

tanggungjawab lelaki dan perempuan...


petikan daripada blog B.I.C.A.R.A,K.U

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

meh same2 buat renungan kter semua..

Wanita

• Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

• Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

• Saksinya kurang berbanding lelaki.

• Menerima pusaka kurang dari lelaki.

• Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

• Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.

• Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

• Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Lelaki
• Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???
• Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

• Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

• Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Pernahkah kita lihat sebaliknya???

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?



Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita :

1. ibunya

2. isterinya

3. anak perempuannya

4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya

2.ayahnya

3. anak lelakinya

4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat kepada suaminya

4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA..



kenduri gotong royong membersih kawasan

Rumah belum siap sepenuhnya tetapi dah berkenduri. Bukan kenduri untuk naik rumah, tetapi kenduri gotong royong membuang timbunan sampah di belakang. Adik beradik sibuk memasak.


gulai ikan patin, habis licin....

Sup ayam, kesukaan budak-budak...

Lepas makan lepak-lepak.... jubin pilihan nampak licin berkilau, pada hal beli jenis biasa warna kelabu lembut tanpa corak, supaya rumah nampak luas dan lapang.