Tuesday, January 4, 2011

Kisah Iliyana pada hari pendaftaran di UM




Awal pagi, Ahad 2 Januari (2.1.11), saya dan Si Dia menghantar Iliyana mendaftarkan diri di Universiti Malaya (UM). Sebelum ini, setiap kali pergi membuat liputan acara, terasa jeles dengan student yang mendapat peluang belajar di situ. Walaupun di sudut hati, ada keinginan untuk melihat anak belajar di UM, tetapi tidak pernah terfikir pula yang ia akan menjadi kenyataan.

Gambar atas: Jalan menunju ke Kolej Kediaman Pertama (Asrama)

Bangunan asrama berwarna pink




Mendaftar di kaunter pejabat Kolej Kediaman Pertama. Iliyana berbaju hijau lumut.


Bapa Iliyana dan bapa kawannya, sabar menunggu.....

Usai acara pendaftaran, mulalah dengan kegiatan mengangkat beg ke bilik. Mujurlah bilik terletak di aras bawah sekali.

Termenung mereka melihat keadaan bilik yang agak usang, dengan katil yang berdebu... maklumlah terbiar dua bulan kerana cuti semester. Melihat keadaan bilik itu, mulalah Iliyana membandingkan dengan asrama lama di Aswara yang menurutnya, jauh lebih baru.


Saya kata, tak payahlan nak banding-banding, asrama Aswara tu bangunan baru, sementara Kolej Kediaman Pertama ni usianya dah hampir atau lebih 50 tahun. Al maklum asrama pertama di universiti yang tertua.. Semasa masuk ke bilik, pelajar senior belum datang. Elok je Iliyana pilih katil yang terbaik.. bila balik senior, dia disuruh duduk di katil bawah (jenis tarik). Nasib pelajar junior begitulah, kena mengalah...

TENGOK BALIK GAMBAR TERAKHIR NI, BARU PERASAN, CADAR TU SAYA GUNA KETIKA SEMESTER AKHIR DI ITM (kini UiTM). SAYA MEMBELINYA SEWAKTU MENJALANI LATIHAN AMALI DI SINGAPURA, 26 TAHUN LALU.. SUKA DENGAN JENIS FABRIK KAPAS 100 PERATUS, SANGAT SELESA, LEMBUT DAN SEJUK. KAINNYA KUKUH DAN TIDAH BERBULU.. TENGOK CADAR NI TERIMBAU KENANGAN LALU.. HU HU..

Sunday, January 2, 2011

Azam tahun ini..

Terkilan tidak sempat masukkan apa-apa entri semalam... Merenung nombor tarikhnya, wah sangat cantik, serba satu! 1.1.11 .... Sempena kemunculan tahun baru ini, berazam untuk mengupdate blog setiap hari. Kalau tidak dapat tulis panjang lebar, saya tulis ikut point form saja, macam cara penulisan dalam blog Che Det, mantan PM.

Pada 1.1.11 - Menghadiri majlis pertunangan anak saudara, Biah (anak sulung Mak Long) di Kampung Pulau Mansuk, Jerantut, Pahang. Makanan dimasak oleh penduduk kampung, ramai saudara mara yang datang. Disebabkan rombongan wakil pihak lelaki lambat sampai, saya terpaksa beredar sebelum majlis sebenar berlangsung. Sempatlah makan nasi berlaukkan gulai tempoyak ikan patin.

Setiapkali balik kampung ini, teringat tugas saya yang belum selesai. Ayah meminta saya mendirikan rumah untuk menggantikan rumah kayunya yang tiba-tiba dirobohkan. Saya tahu ayah amat sayangkan tanahnya itu. Di situlah dia membesarkan kami. Ayah membeli tanah itu daripada pemilik asal sewaktu berpindah ke kampung itu lebh 50 tahun lalu. Saya juga asyik terkenang-kenangkan rumah lama itu, kini tapaknya telah kosong. Ayah tidak sabar untuk melihat rumah barunya didirikan. Kalau ikutkan hati, saya ingin membina rumah tradisional daripada kayu semcam rumah lama tetapi kerana ia mahal dan berisiko dimakan anai-anai, baiklah bina rumah batu.

Apabila kami sibuk membincangkan pasal ingin membina rumah baru, mama bersungut. "Rumah dah ada (di Nadi Kota, Bandar Jengka), nak juga bina rumah lain. Ini pun dah cukup," kata dia. Namun di hati ayah lain pula, dia tidak mahu tanah itu terlepas ke tangan orang lain. Berususah payah dia berusaha untuk mendapatkan tanah itu, membeli daripada pemilik asal, arwah Pak Cu Mat, penduduk tempatan. Arwah bermurah hati membenarkan keluarga ayah tinggal di atas tanah itu apabila kawasan tempat tinggal yang ayah teroka bermasalah dengan gangguan kuasa misteri.

Menurut ayah, Pak Cu Mat membahagikan separuh daripada lot tanah kediamannya kepada ayah untuk diduduki. Ketika ayah hendak berpindah dari Kelantan ke Pahang, keluarga mentuanya (datuk dan nenek sebelah Mama) mengambil keputusan untuk mengikut sama. Mungkin kerana tidak mahu berpisah dengan anak kesayangannya (Mama).

"Mula-mula Pak Cu Mat tinggal di sebarang sana jalan. Ketika itu jalan tidak ada lagi. Bila jalan dibina, kawasan tanah tempat Pak Cu Mat tinggal tidak diluluskan untuk pemberian geran, lalu arwah berpindah tinggal di kawasan tanah di sebelah sini jalan. Dengan itu kawasan tanah yang diberi kepada ayah dibahagi dua pula dengan arwah.

"Sewaktu kerajaan mahu mengutip bayaran untuk kelulusan geran tanah, Pak Cu Mat tak ada duit, jadi ayah tolong bayarkan semuanya. Kerana arwah sudah bermurah hanti membenarkan keluarga ayah tinggal di situ, jadi ayah kata, tak apalah, ayah tolong bayarkan," cerita ayah.

Berpuluh tahun juga ayah tinggalkan kampung di dalam daerah Jerantut itu untuk berniaga di Bandar Jengka. Sebelum menutup mata, ayah mahu duduk kembali di situ, kerana kedai-kedainya di Bandar Jengka sudah diserahkan kepada anak-anaknya untuk diuruskan.

"Sabarlah ayah, orang sedang giat mengumpul wang tunai untuk membina rumah impian ayah tu," bisik hati saya.

Thursday, December 30, 2010

Kisah Cuti Sekolah



Lagi beberapa hari nak buka sekolah, baru berpeluang menjenguk kedai untuk membeli baju sekolah Kamil. Dia yang dah nak masuk tingkatan 2, baru nampak tinggi sikit tetapi masih tidak dapat mengatasi ketinggian sepupu2nya... Banyak baju harian dia sudah tak muat. Dah lama dia merungut, tetapi tak sempat nak pergi beli. Malas betul nak ke kedai.

Sebelah pagi sempat ke sekolahnya beli buku tulis. Sewaktu balik singgah di kedai uniform belilah sepasang baju pengawas briged - warna ungu dan satu seluar hitam. Balik rumah dia terus terkam komputer main game dan berfb seperti kebiasaan. Saya dah cemas, sebulan cuti haram tak buka buku. Sepanjang cuti ni, kegiatan berfaedahnya ialah belajar tahfiz dengan sepupu2 di sekolah agama lamanya. mula-mula tak nak tetapi saya paksa. Itupun 20 hari saja Dapatlah hafal satu surah Yassin. Okeylah juga daripada saya kena baca tengok buku.

Lepas selesai program tahfiz, sempat juga saya bawa budak-budak tu ke Port Dickson. Menginap di pusat latihan penulis di Seri Pena, NSTP.


Kami sampai tengah hari. Kegiatan paling menyeronokkan ialah mandi kolam dan naik bot banana... Kami berenam, Kamil dan tiga sepupunya, kakak Kamil, Iliyana dan saya. Si Dia penakut, tengok saja. Bukan main seronok lagi dapat naik bot laju....





Sejak keluar dpd daripada Berita Harian (BH) hampir 10 tahun lalu, saya tak jejak lagi ke sini. Sewaktu masih jadi staff di BH, selalu juga bawa family bermalam di situ. Keadaan masih sama sahaja, cuma tepi pantai luar kawasan Seri Pena, terdapat gerai menjual pelbagai jenis barangan.


Kegiatan utama ialah berendam di dalam kolam. Mula-mula duduk di tepi. Bestnya kat kolam Seri Pena ni boleh mandi tanpa memakai swimming suit.



Bila berani sikit... mulalah cuba berenang dan menyelam.


Lama-lama dah berani, main air tak sedar apa dah...

Jenuh mandi kolam, ke pantai pula... dalam takut-takut, nak cuba juga naik bot banana untuk meronda di lautan. Iliyana sibuk mengenakan jaket keselamatan pada Kamil dan sepupu-sepupunya. Selaku bekas pelatih PLKN, konon dia tererlah bab-bab kegiatan mencabar ni.



Tu dia, dan naik dah...


Gambar bawah; Eh apa pula ni?





Esoknya, bangun pagi-pagi terus ke tepi pantai.. saya terkejut nampak benda seperti kura-kura besar, ingatkan patung atau pelampung bentuk haiwan... telek-telek rupanya penyu sesat, dah mati rupanya.... bahagian kepala dan tangannya cedera sikit, agarnya dilanggar oleh bot.
Kami pun bergambarlah dengan penyu mati tu..

Wednesday, December 29, 2010

Flashback Persembahan Makyong




Tamat sudah pengajian tiga tahun Iliyana di ASWARA. Lega hati saya apabila dia berjaya dalam pengajian peringkat diploma (Penulisan Kreatif). Namun perjuangannya belum berakhir, bakal melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pula. Pada 2 Januari ini, akan bermulalah episod pengajiannya di universiti tertua di tanah air itu.

Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti Iliyana akan menjadi siswa di UM walaupun hakikatnya di hati kecil ini terselit harapan agar dia berpeluang melanjut pengajian di situ. Saya tahu, bukan senang untuk mendapat tempat di universiti ternama itu jika keputusan pengajian tidak seberapa. Namun pengajian di ASWARA menjadi laluan mudah untuknya memanjat tangga menara gading itu.

Tiga tahun lalu, sewaktu Ketua Jabatannya memberitahu saya bahawa lulusan ASWARA lebih mudah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam, saya kurang yakin dengan katanya-katanya... "Mungkin sekadar mahu menyedapkan hati saya sebagai ibu," bisik hati kecil saya.

Sebenarnya saya kecewa apabila Iliyana menolak tawaran ke UiTM kerana ingin kekal berada di ASWARA. Ketika itu dia sudah satu semester berada di ASWARA. Biasalah budak-budak, bila dah selesa dengan kawan-kawan di situ, tidak mahu lagi pergi ke tempat lain.

Perasaan saya, memang gembira apabila Iliyana dapat melanjutkan pengajian di UM, tetapi pada masa sama agak terkilan dengan bidang pengajian yang bakal diikutinya nanti. Namun saya cuba untuk melupakan perasaan itu dan berdoa yang terbaik untuk dia biar apa pun bidang yang diceburinya.

Dipaparkan lagi gambar yang mengimbau kenangan saya sewaktu menonton persembahan tradisional Makyong yang disertai Iliyana dan kawan-kawannya dalam exam tahun akhir di ASWARA.

Gambar atas: Bersedia untuk memulakan persembahan yang dimulai dengan iringan muzik yang lemah gemalai.


Memulakan tarian dengan pergerakan mengangkat sembah sambil duduk bersilang kaki ke bawah.



Selesai menari sambil duduk, diikuti pergerakan bangun secara perlahan-lahan..

Gerak tari Makyong penuh berseni, tiada pelajar terkecuali daripada mengambil peperiksaan subjek ini.

Persembahan tarian diiringi lakonan kisah di istana.

Mengangkat sembah pada penghujung persembahan..


Selesai persembahan, saya dan Si Dia sempat bergambar di luar dewan sambil meneliti senarai nama pelajar yang mengambil bahagian

Tuesday, December 28, 2010

Studio Peragaan Amber Chia

Tinggi yang amat kasut model..


Tajuk: Studio Amber Chia

Tulisan: RASHIDAH IBRAHIM

Gambar: Ihsan Fix Interior Collections



Berada di studio gaya hidup, Amber Chia Academy di Jaya One, Petaling Jaya sudah cukup untuk membuat kita teruja membayangkan gelagat pelajar peragaan tetapi sayangnya sesi fotografi dibuat dalam keadaan studio kosong bagi menonjolkan keindahan reka hias dalaman, bukan gelagat orangnya.

Bertempat di sebuah lot pejabat tingkat satu, studio milik supermodel itu direka hias bergaya moden dengan suasana ringkas tetapi menarik. Sesuai fungsi, ruang dalamannya dibahagikan kepada empat sudut utama, iaitu ruang peragaan, solekan, pentadbiran dan lounge, masing-masing menonjolkan suasana lapang sebagaimana kebiasaan sebuah studio berkenaan.

Direka hias oleh syarikat binaan dan reka bentuk dalaman tidak asing lagi, Fix Interior Collections, suasana studio berkeluasan 173 meter (1,861 kaki) persegi itu ternyata selesa. Dengan lantai dilapisi permaidani hitam pekat, ditambah kehadiran perabot pilihan pereka menyuntik penampilan gah dan bergaya pada keseluruhan ruang.

Sesuai tempat latihan yang memerlukan pergerakan bebas, ruang peragaan sekadar menyediakan sepasang kerusi kulit merah beralas tangan dan sebuah meja kopi, diletak di tepi dinding konkrit bercat putih. Sebuah lampu lantai di antara dua kerusi merah membiaskan cahaya tumpu ke lantai dan siling serta menerbitkan seri di ruang dalaman ini. Salah satu dinding dilengkapi cermin sepenuhnya untuk kemudahan peserta memerhati gerak langkah sendiri sewaktu berlatih catwalk. Studio itu dilengkapi sistem teater rumah tajaan Philips manakala dinding berhias poster Amber Chia dalam aksi peragaan.

Di lot kedai yang sama disediakan studio solekan, terletak berhampiran pintu masuk. Pada daun pintu berkenaan tertera nama studio, Amber Chia Academy ditulis dalam huruf tebal warna putih dengan hiasan motif bulan warna merah cili. Sekeliling dinding bilik dipasangkan kaunter solek dan cermin, sekali gus memberi ilusi luas pada keseluruhan ruang berkenaan. Himpunan peralatan solek kelihatan tersusun kemas di atas kabinet berpulau. Peralatan solek itu sengaja diletak di kawasan tengah untuk kemudahan diguna. Pada siling selari kabinet berpulau digantung lampu chandelier warna merah, pencetus seri ruang.

Sebagaimana hasil sentuhan Fix Interior Collections yang lain, ruang dalaman studio itu direka hias bergaya moden. Menurut Pengarah Urusan syarikat itu, Edwin Cassian, disebabkan kerja-kerja mereka bentuk lebih ringkas daripada sebuah rumah, masa yang diambil untuk menyempurnakannya hanyalah satu bulan.

Amber Chia Academy diilhamkan oleh Amber Chia, seorang model dan pelakon antarabangsa yang tidak asing lagi. Bagi beliau, studio itu adalah kemuncak kejayaannya selepas lebih satu dekad berkerja keras dan melalui pelbagai liku perjuangan di bidang berkenaan. Studio itu diurus bersama rakan pengasas, Benjamin Toong, “guru catwalk”. Bersama-sama mereka berazam untuk berkongsi kesenangan, ilmu dan pengalaman dalam bidang berkaitan dengan golongan muda yang berminat. Mereka menawarkan latihan di bidang seni kreatif peragaan, solekan dan fotografi termasuk di studio cawangan di Melaka.

Keterangan gambar: (gambar selebihnya akan disiar dalam majalah Anjung Seri)

Pix 518 dan 519. Sesuai dengan fungsi studio, lantai diberikan kemasan kayu manakala salah satu dinding dipasangkan cermin sepenuhnya. Di sisi salah satu dinding menempatkan sepasang kerusi pereka beralas tangan warna merah dan sebuah meja kopi berkaki krom. Sekitar kawasan itu diserikan lampu lantai berterendak bentuk petak hitam.

Ruang solekan tampil luas dengan kehadiran cermin pada seluruh dinding. Cermin solekan dilengkapi kaunter berlaci yang dipadankan dengan kerusi tinggi berkaki krom. Kabinet di tengah menempatkan himpunan alat solek manakala bahagian bahawah kaunter solek menyediakan kabinet enam laci.

pix 56 56. Dinding bercat serba putih sekadar dihiasi poster Amber Chia dalam pelbagai aksi peragaan.

Gambar last:

Ruang beristirahat (lounge) menyediakan sebuah sofa kulit putih dua tempat duduk berhias kusyen hitam putih dan sepasang kerusi beralas tangan bentuk bundar yang disusun saling mengadap meja kopi. Tepi dinding dilengkapi kabinet berkaunter antaranya menempatkan alat komputer, layar televisyen dan cerek elektrik jenama Philips.


Tuesday, December 21, 2010

Catatan komen terhadap seorang gay


Lama tak update blog, sorrylah kalau intai kat sini, asyik posting yang lama. Buka blog tadi, nampak ada follower baru - putra87­™ - seorang anak muda.

Saya pun cuba blogwalking, nampak catatan menarik putra. Dia memaparkan rasa tidak puas terhadap pengakuan seorang lelaki gay yang lebih berusia daripada dirinya, dalam entri bertajuk -

APA KE HALnya!!!.

Mari kita share ..

>> Monday, December 20, 2010

Menempuhi Hari² Yang Mendatang Sebagai Seorang Gay??? Ape Ke Halnye (Sila Sebut Dalam Loghat Perak)

video

Uggghhh... Terserempak video ni time blogwalking... sebenarnya... isu ni baru je keluar paper hari Ahad... Tak Terbaca la plak benda ni... sampaila aku tengok video ni... Ape engkau dah xtau malu ker wahai si Azwan Ismail??? Dah xtau malu ker??? Aiyo...

Antara Kata² nya yang dipetik daripada video ni... alkisahnya... rumusan la ape dia kate and pendapat aku la...

Kata² Si Gay Ni - Mengaitkan kata² seorang sasterawan negara, Shahnon Ahmad "Kenali Diri, Kenali Segala"

Kata Aku Pula - Xkan xkenal ko ni laki??? mesti kena kenal segalanya... Nama pun dah Islam, Muka Baek...

Kata Si Gay Ni Lagi - Mengambil masa yang lama, untuk mengenali dirinya, untuk meyakini dirinya, seorang GAY!!!

Kata² Aku Pula - Hey YOU!!! Umur Dah 32 Tahun... Lame giler baru nak tau ko ni Gay??? Xbetul ker???

Kata Si Gay Lagi - Menjadi seorang yang kuat, dan yakin ngan ape yang bakal dia lalui pada masa depan...

Kata Aku Pula - Giler yakin... Pasni aku rasa ko dah x yakin dah... orang jumpe mesti rasa nak DUSH ko jer.. wat malu kaum and agama jer...

Kata Si Gay Lagi - Kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita and memberitahu kita, apa yang perlu kita jadi, and apa yang xperlu kita jadi.

Kata Aku Pula - Dah terang² bersuluh, xkan xnampak lagi kot??? Dah tau hukum hakam agama yang dianuti, dah tau macam ane budaya kat Malaysia ni macam yang pernah terjadi pada seorang gay kat luar negara yang tukar jantina dan akhirnya amik keputusan kahwin ngan gay sampai keluar berita... Xkan xikut berita semasa dan amik pengajaran kot???

Kata Si Gay Lagi dan Lagi - Mereka tidak merasai dan tidak memahami menjadi seorang yang gay..

Kata Aku Lagi - Ohhh Pleasseee... walaupun umor aku muda daripada engkau, tapi aku pun tau agama aku, asal usul aku, jantina aku, nafsu aku dan keinginan aku... Xkan lah dalam 30 tahun ni xpernah jatuh hati pada seorang pompuan pun??? Ke frust menonggeng kena tinggal ngan pompuan sampai desperate nak jadi GAY???

Kata Gay Ngan Yakinnya - Saya yakin keadaan akan menjadi lebih baek. Kita cuma perlu mencari sumber² kekuatan disekeliling kita, kerana terdapat mereka yang dapat membantu kita dan akhirnya dapat memberikan keyakinan pada diri kita.

Kata Aku Lagi N Lagi - Ko Yakin ke keadaan untuk ko akan jadi lebih baek?? Keadaan sekitar mungkin lebih baek dari keadaan ko... Nak cari sumber kekuatan?? Alamak... hancurla Malaysia ni kalau muncul lagi 10 orang macam kau... Mereka yang membantu akan banyak, coz sume nak bantu ko kembali ke jalan yang lurus dan beri keyakinan yang ko ni lelaki... Lelaki, tarikannya pada pompuan, bukannya sesama lelaki... Quran pun pernah cerita bencana yang ditimpa kepada kaum Nabi terdahulu yang Gay akhirnya hancur musnah jugak... Ke kau nak bala datang kat kau dulu baru kau nak sedar???

Kata² Akhir Gay - Saya Gay, Saya Ok...

Kata Akhir Aku - Gay??? OK??? Hahahaha... Kalau kat luar negara, xperla nak cakap saya gay, saya ok... Ni Kat Malaysia OI!!! Blaja agama dah 30tahun, duduk kat Malaysia bukannye baru 2-3 tahun... Xkan xpenah tengok macam mana orang² Gay kat Malaysia ni?? Diorg Ok Ker??? TIDAK!!! Carilah mana dalam Malaysia ni... Kalo ko Gay pun, senyap² simpan sorang² la... Jangan sampai kena terjah ngan Mastika la, dan macam² lagi media massa dan elektronik... Tu lum ngan tuhan lagi...

Akhir kata, Inilah dunia akhir zaman... Apa nak jadi pun aku tak tau la... kita lihat jer la apa yang akan terjadi seterusnya... Hopefully dia dapat kenal diri dia yang dia tu lelaki, dan lelaki dijadikan untuk perempuan...



Kalau nak tambah catatan komen kawan blogger tu, silakanlah...

Sunday, December 5, 2010

abang de masak utk 4 bersepupu

Entah apalah yang dimasak oleh Abang De Ni.. tiga orang lagi sedang menunggu nak makan je!

ponteng kelas tahfiz, kena masak sendiri untuk makan tengah hari. Nasib baik Abang De tahu masak, dapatlah makan...

Sedan sedang merasa, tawar manis hasil masakan Abang De.


Nilah hasilnya dimakan dengan nasi...

Kisah empat bersepupu mengikuti kelas tahfiz semasa cuti sekolah dalam entri di bawah.