Friday, October 1, 2010

Berita Pelancaran Buku ILIYANA

Setelah melalui liku duri dan ranjau, akhirnya impian saya untuk melihat buku Iliyana (kiri) dilancarkan menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Berikut petikan berita daripada Berita Harian. Tak dapat copy gambarnya, saya replace dengan gambar sendiri, tetapi posing seakan. Salah pula ejaan nama dalam berita tu, ILIYANA jadi ILIANA pula.. kalau nak tahu lebih detail pasal buku tulisannya tu, layarilah laman www.diarikhidmatnegara.blogspot.com

Buku Papar Pengalaman Wira dan Wirawati dilancar. – Berita Harian

Newspaper & Online 29.9. 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles

/Bukupaparkehidupanwira_wirawatiPLKNdilancar/Article/

ILIANA (kiri) dan Azzah menunjukkan hasil karya masing-masing selepas pelancarannya, semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan semalam melancarkan dua buku yang menceritakan kehidupan seharian wira dan wirawati serta jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memupuk minat remaja menyertai program berkenaan.

Pelancaran buku bertajuk Diari Khidmat Negara yang ditulis bekas pelatih siri keempat 2007, Iliana Hamdan, 21, dan Celoreng Biru hasil karya bekas jurulatih PLKN, Azzah Abdul Rahman, 31, itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ismail berkata, dua buku yang dihasilkan itu adalah projek perintis idea bekas pelatih dan jurulatih memandangkan masyarakat di luar masih meragui keberkesanan latihan PLKN.

“Penulisan yang menggambarkan kehidupan seharian pelatih sepanjang berada di dalam kem selama tiga bulan itu diharap mampu menjadi rujukan kepada bakal pelatih dan keluarga di luar untuk membabitkan diri dalam program berkenaan,” katanya selepas melancarkan buku berkenaan, di Kementerian Pertahanan Dua, di sini, semalam.

Sementara itu, Iliana yang baru menamatkan pengajian peringkat Diplo-ma jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) berkata, keputusan menerbitkan buku itu adalah idea daripada ibunya yang berpengalaman lama dalam bidang kewartawanan.

Katanya, walaupun PLKN bermula pada 2004, masih ramai pihak meragui latihan yang dilakukan, malah ibu bapa juga tidak menggalakkan anak mereka menyertai program berkenaan.

Justeru, katanya, dia yang menjalani PLKN pada 2007 nekad menulis setiap aktiviti yang dilakukan sepanjang berada dalam kem PLKN supaya masyarakat luar sedar tujuan utama program itu dilakukan.


Thursday, September 30, 2010

Pelancaran Buku ILIYANA

KUALA LUMPUR, 27 September:
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya buku DIARI KHIDMAT NEGARA tulisan ILIYANA selamat dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. KSU memotong memotong reben sambil disaksikan Datuk Abdul Hadi dan Iliyana.

Dua buku dilancarkan serentak, yang ditulis oleh bekas pelatih dan bekas jurulatih.

Iliyana memberi ucapan dan menjawab soalan wartawan.

Antara wartawan yang hadir.

Iliyana dan Azzah menunjukkan buku masing-masing. Azzah menghasilkan buku bertajuk CELORENG BIRU. DIARI KHIDMAT NEGARA mendedahkan kisah suka duka penulis sepanjang tiga bulan di kem, CELORENG BIRU menghimpun pelbagai kisah yang berlaku di kem.

ILIYANA bersama Datuk Abdul Hadi di satu meja sewaktu menjamu selera selepas majlis pelancaran.

ILIYANA dan sepupunya Nur Hidayah/

Sibuk mengambil gambar, kami hanya sempat bergambar di depan pejabat Mindef 2, tempat berlangsungnya majlis pelancaran. Susah payah lIiyana menerbitkan bukunya berbaloi dengan berlangsungnya majlis ini.

Friday, September 17, 2010

Posing Raya

Assalamualaikum dan selamat Idul Fitri buat rakan-rakan maya semua, semoga amalan kita di sepanjang bulan Ramadan diterima oleh-Nya dan Syawal yang mulia ini dapat kita raikan dengan penuh bermakna.

Di sebabkan sepanjang bulan puasa sibuk sikit, tak dapat nak update laman ni dan hari ini nak ambil kesempatan memasukkan gambar sekitar hari raya. Sudah lama tak bergambar dengan keluarga, sementara dapat berkumpul ni kami pun posing sakan. Dulu semasa muda-muda saya memang gemar bergambar.

Gambar pertama di atas di rakam pada pagi raya di hadapan rumah di Nadi Kota, Bandar Jengka, Pahang. Selepas sehari di sini, pada hari raya kedua kami bertolak ke Kelantan untuk beraya bersama sanak saudara sebelah suami. Hala pergi, ikut Jalan Gua Musang tetapi balik ikut Terengganu. Tujuannya nak berjalan-jalan sambil singgah di tepi pantai.

Di pantai Batu Burok, Terengganu. Dalam perjalanan pulang dari Kelantan. Biarpun perjalanannya jauh tetapi seronok dapat menghayati keindahan alam semula jadi di tepi pantai. Berjalan-berjalan singgah, berjalan singgah... dua hari baru sampai ke KL kerana ambil kesempatan bermalam semalaman di chalet Seri Indah, Batu Burok.


Gambar dirakam Izat.. Dengan bangganya dia mendabik dada: "Tengok Izat ambil gambar, angle cantik!!!" Konon berjaya merakam sudut menarik menampilkan latar pemandangan indah pasir pantai yang halus, laut biru dan pokok yang menghijau.

Sempatlah juga mandi laut. Lepas gian saya nak mandi berenang. Kebetulan pada pagi itu tidak ramai orang di tepi pantai. Hajat mula-mula nak mandi kolam tetapi kerana penuh dengan budak-budak, Izzat yang dah besar panjang tu dan apatah lagi saya. Segan nak berebut dengan budak-budak kecil. Mujurlah dapat mandi laut... tak dapat digambarkan betapa seronoknya berada di dalam air yang jernih dengan lambungan ombak yang sederhana kuat. Dah habis gaya nak posing, Izzat dan Kamil saja posing - mandi berguling di atas pasir.

Di tepian pantai yang sunyi itu, terdapat satu binaan tinggi mungkin tempat petugas keselamatan mengawasi pengunjung pantai. Tapi pagi itu, tidak ada siapa pun yang bertugas, jadi kami pun naiklah ke atas menara kayu itu. Terasa berada di atas awan pula.

Turun tangga pun nak berposing juga!!! Perhatikan sepanjang tangga yang tinggi itu dibina pengadang kekisi kayu berukir yang penuh berseni.


Menghampiri jam 12 tengah hari, terpaksalah pulang ke bilik untuk berkemas. Dalam keadaan baju basah sempat lagi nak bergambar di sisi kolam. Tak dapat mandi kolam, dapat bergambar kenangan pun jadilah. Biasalah kalau pergi chalet atau hotel, sisi kolam tentunya menjadi tempat kesukaan kami untuk bergambar.


Emm... Si Yana, tak habis-habis nak bergaya seorang... dengan posing yang perasan lawa!


Jam 2 pm mneneruskan perjalanan pulang, belum jauh berjalan dah berhenti lagi, konon nak makan ikan goreng tepung. Terjumpa satu kawasan gerai, apa lagi singgah order makanan.

Teremenung menunggu... mana-mana makanan tak sampai-sampai ni.

Singgah balik di Nadi Kota Jengka, tidur lagi semalaman sebelum pulang ke KL.

Tuesday, August 31, 2010

Doaku di Bulan Ramadan ini...

Assalamualaikum kawan blogger semua,

1. Semalam balik kampung jumpa ayah dan mak. Dah nak penghujung puasa, baru dapat balik. Rasa bersalah sangat. Sampai-sampai dah lewat malam, tak sempat nak berbual dengan ayah. Esoknya, pagi-pagi lagi ayah terus tanya, "dah siap ke pelan rumah tu? Kalau dah siap jom pergi nak tunjuk pada tukang... biar dia anggar berapa kosnya..?"

2. Saya sedia maklum, ayah memang tak sabar tunggu projek pembinaan rumah tu.. adakah ini akan menjadi kenyataan? Nak kena cari duit cash, tak nak buat pinjaman lagi. cam na?

3. Tapi dah terlanjur sanggup.

4. Saya tahu ayah ada banyak duit, tetapi kata ayah, duit tu tak boleh diguna... teringat perbualan dengan ayah satu hari: "Duit ayah ada, tetapi nak stand-by untuk tutup overdraf."
"
5. Sekarang ????

Artis di Malam Gala Jelita 2010

Hari itu saya janji nak upload gambar artis cun melecun yang menjadi tetamu majlis Gala Jelita 2010. Ha ini dia... Mereka ialah wanita penghias kulit majalah Jelita. Malas nak cerita banyak-banyak, tengok ajelah gaya mereka dengan fesyen rekaan pereka terkemuka tanah air...kalau berpakaian menutup badan walaupun seksi sikit kerana nampak bentuk body, boleh tahan juga nak tengok daripada terdedah over...

dari kiri: Sarimah Ibrahim, Irma dan seorang lagi tak ingat nama, Fauziah Ghouse kut.

Dari kiri: Erra Fazira, Ziela Jalin dan Datuk Paduka Umie Aida

Irma
Umie Aida


Inilah si Nurul... seksi benor dia.. menyampaikan beberapa lagu...

Friday, August 27, 2010

Ziana Zain Duta Antabax


Lama dah saya pergi ke majlis pelancaran produk baru Antabax ni, baru berkesempatan upload gambar dan share cerita. Tak ada apa menarik nak diceritakan melainkan dapat menatap wajah artis ini bersama suaminya. Siapa dah namanya, ingat-ingat lupa pula... Armin kut. Kali pertama suami Ziana muncul di majlis sebegini, siap beri ciuman di atas pentas dan beri bunga lagi kepada isterinya.




Ini adalah antara produknya... yang bestnya kami diberi lima jenis produk yang dilancarkan pada hari itu. Biasalah setiap kali balik daripada produk launching, bawa pulang barang-barang terbabit. Itu kalau barang murah dalam belasan atau puluhan ringgit. Kalau mahal macam TV ke dapur ke yang beratus atau beribu ringgit, taklah pula semua orang dapat. Hanya yang bernasib baik dalam cabutan bertuah, mungkin dapat.

Berbalik kepada Ziana Zain, haa.. tengoklah gambar dia bersama ahli keluarga pada bunting iklan Antabax. Di kiri sekali ialah suami Ziana. Terkejut juga tengok kemunculan suami Ziana pada hari itu, sebab selama ini dia memang anti press - bukan anti macam mana, tak suka ditemu bual kerana segan dengan publisiti. Menurut Ziana, memang lama jugalah dia memujuk suaminya untuk turut dalam iklan itu, berbulan juga dia menunggu sebelum diberikan persetujuan. Pernah tak nampak iklan Antabax yang menunjukkan mereka sekeluarga bermain layang-layang di tepi pantai di TV?


Gambar suasana majlis... tak sempat pula nak ambil gambar sendiri.... ingatkan kamera tertinggal di rumah atau tak ada bateri, jadi saya taklah jenguk dalam beg. Bila majlis hampir selesai, baru terjumpa kamera... ada rupanya. Dapatlah juga snap beberapa gambar. Di bawah berita mengenai pelancaran itu.

Petaling Jaya, 2 OGOS 2010: Produk penjagaan diri Antabax baru saja melancarkan rangkaian baru yang membasmi 99.9% kuman untuk perlindungan sepanjang hari yang diperkaya dengan pelembap dan vitamin untuk kesihatan kulit.

Bukan hanya setakat melancarkan rangkaian produk tersebut dengan penampilan baru tetapi ia turut memperkenalkan sama duta produk, Ziana Zain iaitu penyanyi serta pelakon yang sudah memenangi berbagai anugerah.

Pemilihan Ziana Zain disifatkan bertepatan dengan kehendak Antabax yang sentiasa mementingkan kualiti serta kehendak pengguna. Begitu juga dengan Ziana yang sentiasa memberikan yang terbaik di dalam kehidupan keluarga serta kerjaya seninya.

Namun, ibu kepada 4 anak ini mengakui betapa dirinya begitu sukar untuk menyeimbangkan tuntutan keluarga dengan kerjaya terutama selepas anaknya sudah semakin besar dan mula berdikari ketika kariernya juga semakin memuncak.

"Sebaik saja anak saya yang sulung mencecah usia enam tahun, saya mencari produk penjagaan diri antibakteria yang lebih baik kerana dia begitu lasak, sentiasa bermain dengan macam-macam benda – pasir, lumpur, batu dan sebagainya – baik di dalam atau di luar rumah.

"Selain itu saya juga risau dia mendapat jangkitan daripada kanak-kanak lain sewaktu di tadika atau di rumah terutama disebabkan kanak-kanak suka berkongsi patung, mainan dan alat pembelajaran," jelasnya.

Menurut Ziana lagi, dia sudah mencuba beberapa jenama antibakteria terkemuka lain tetapi bau ubat yang kuat tidak digemari oleh anggota keluarganya sebelum akhirnya membeli jenama import tetapi ia agak mahal terutama apabila jumlah anggota keluarga semakin bertambah.

"Kira-kira dua tahun lalu, barulah saya mencuba produk Antabax di rumah salah seorang rakan baik saya dan berasa ia cukup bagus dan harum. Kawan saya beria-ia menyuruh saya mencuba Antabax.

"Jadi kami mencubanya di rumah dan sejak itu kami menggunakan lebih banyak produk Antabax kerana ia mempunyai perlindungan antibakteria serta memiliki ramuan penjagaan kulit yang berkesan bagi memastikan kami terus sihat dan bebas daripada kuman," katanya. dalam majlis eksklusif yang diadakan di Pusat Membeli-Belah 1 Utama baru-baru ini.

Kini, Ziana, suami serta keluarganya menggunakan rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax. Ternyata mereka amat berpuas hati dengan kualiti rangkaian produktersebut.

"Salah satu faktor utama saya memilih Antabax untuk keluarga saya kerana ia Halal – saya tidak pernah menemui mana-mana produk antibakteria lain yang mempunyai perakuan Halal seperti ini

"Sebagai seorang yang beragama Islam dan seorang pengguna yang prihatin, saya sentiasa mencari dan menggunakan produk halal kerana saya merasakan produk yang mempunyai perakuan halal, mempunyai standard yang lebih tinggi," kata ibu kepada Muhammad Aiman, 10 dan Muhammad Ammar Amin, 7 serta bayi kembar, Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh.

Menurut Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, usaha penjenamaan semula dan rumusan formulasi yang dipertingkatkan bagi produk ini mengambil masa lebih dua tahun, bermula daripada lakaran awal sehingga ke proses makmal, rekabentuk, prototaip, kajian pasaran, pengeluaran dan akhirnya dijual di pasaran.

Sorilah, kurang ada masa nak tulis berita rasmi, petik daripada murai.com ajelah. Yg saya tulis keluar cenonet saja dlm majalah tu..



Thursday, August 26, 2010

Nuzul Al Quran


Info: daripada Jabatan Agama Islam Selangor petikan dpd blog atie - catatan perjalananku

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al Quran 17 Ramadhan 1431Hijrah


Salam,

Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita
kepadanya melalui ketaatan yang berterusan serta meninggalkan segala kedurjanaan yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Semoga dengan amalan yang diredhai Allah S.W.T dapat memberkati kehidupan kita didunia dan diakhirat.

Allah s.w.t telah memperingatkan kepada kita semua, tentang satu peristiwa sejarah kemuliaan kitab Allah yang dinamakan dengan Al-Quranulkarim, yang telah dikurniakan kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Oleh itu, pada hari yang berbahagia ini, mari kita menyingkap kembali sejarah awal penurunan Al-Qurannulkarim atau pun yang dikenali dengan Nuzul Al-Quran.

Hari ini 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431 Hijrah. 17 Ramadhan merupakan hari Nuzul Al-Quran. Apa itu hari Nuzul Al-Quran? Nuzul Al-Quran adalah hari dimana Al-Quran diturunkan buat pertama kali. Pada siapa Al-Quran diturunkan? Dimana? Apa ayat pertama yg diturunkan?

Nuzul Al-Quran memberi maksud penurunan ayat-ayat Al-Quranulkarim sebagai wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dengan beberapa cara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T manakala dalam tempoh masanya pula, sebahagian Ulamak Mufasirin telah mengatakan ianya berurutan selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah Al-Mukarramah 10 tahun di Madinatul Munauwarah.

Sebahagian ulamak mufasirin mengatakan, bahawa Al-Quran diturunkan sekaligus dari luh mahfuz ke Baitil Izzati pada malam Al-Qadar, iaitu satu malam yang paling mulia dari beribadat selama 1000 bulan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-qadar".

-Al-Qadar ayat 1-

Ia merupakan ayat pertama yang diturunkan, ketika mana Nabi Muhammad S.A.W. sedang beribadat di gua hiraa'. Di mana baginda telah didatangi oleh malaikat jibril a.s. dengan mengajarkan ayat-ayat Allah dari Surah Al-Alaq , ayat 1-5 yang bermaksud:

" Bacalah (wahai muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan tuhanmu yang amat pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia, apa yang tidak diketahuinya".


Sesungguhnya Al-Quranulkarim itu adalah mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. ianya akan berkekalan hinggalah ke hari kiamat kelak. Tiada mukjizat sehebat Al-Quran yang pernah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada para rasul dan nabi-nabi yang lain. Ini membuktikan kepada kita bahawa, Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang rasul yang paling agung dan terakhir bagi umat akhir zaman. Oleh itu, kita adalah umat yang paling beruntung, kerana adanya Al-Quran, dibandingkan dengan umat-umat yang terdahulu, biar pun mereka mempunyai kitab-kitab seperti Zabur, Injil dan mazhab-mazhab yang lain, namun yang paling lengkap dan sempurna adalah Al-Quranulkarim, yang ada pada umat islam hingga kehari ini.

Sesungguhnya tiada seorang pun yang mampu mencipta ayat-ayat Al-Quran walaupun sepotong ayat yang setanding dengan kehebatan Al-Quran. Dalam hal ini, Allah S.W.T sentiasa memperingatkan kita tentang segala bukti dan keterangan yang terdapat dalam al-quran itu tidak boleh diragui sedikit pun.Sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kamu turunkan (al-quran) kepada hamba kami (muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surat yang sebanding dengan al-quran itu, dan panggillah orang-orang kamu yang percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".

-Al-Baqarah ayat 23-

Berdasarkan ayat tadi jelaslah, bahawa Al-Quran adalah hak Allah yang wajib kita peliharai dan janganlah sekali-kali cuba mengkhianati, menafikan, bahkan mempersendakannya atau melakukan apa sahaja dengan tujuan merendah-rendahkan martabat Al-Quranulkarim.

Inilah kehebatan Al-Quran yang menjadi satu mukjizat yang amat besar, kurniaan Allah S.W.T kepada umat nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, apa pun tindakan dilakukan untuk menghancurkan Al-Quran, namun Al-Quran tetap terjaga dan terpelihara oleh Allah S.W.T. Firman allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya".

-al-hijr ayat 9-

Tujuan utama Al-Quran diturunkan antaranya ialah sebagai petunjuk ke jalan yang benar, untuk menghapuskan kesesatan dan kemungkaran, terutamanya dalam perkara akidah dan perundangan Islam. Selain itu, ianya menjelaskan peristiwa hari kiamat yang pasti akan berlaku, sebagai satu peringatan untuk persediaan awal menghadapinya.

Terdapat juga kisah-kisah sejarah para nabi yang diutuskan untuk membawa akidah yang benar, namun sebahagian besar kaum mereka, masih tetap dalam kekufuran dan kesesatan, sebagaimana umat Nabi Musa dan Isa a.s yang mana akhirnya mereka yang kufur telah dimurkai dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Kesemua ini, adalah sebagai satu pengajaran kepada kita agar sentiasa berpegang teguh dengan akidah yang sebenarnya. Oleh itu, yakinlah dengan apa yang dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam Al-Quranulkarim, bahawa segala perintah dan perundangannya, adalah ketetapan Allah S.W.T dan tidak boleh diragui lagi.

Umat Islam perlu mengambil sikap yang lebih bersungguh-sungguh untuk menghidupkan jiwa kita dengan nur Al-Quran. Berbagai cara boleh diamalkan untuk mewujudkan perasaan cinta terhadap al-quran. Antaranya :

Pertama - Menyematkan dalam hati dengan keikhlasan dan berkeyakinan tinggi bahawa Al-Quran itu bukanlah ayat-ayat ciptaan manusia, sebaliknya adalah wahyu daripada Allah s.w.t.

Kedua - Meyakini bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang dijadikan hijjah dan sumber rujukan hingga ke hari ini. Ketiga - Meyakini bahawa Al-Quran, sekiranya dibaca dengan banyak dan bertajwid, nescaya pembacanya akan diberi pahala dan ganjaran yang amat besar oleh Allah s.w.t. Keempat - Meyakini dan menyedari bahawa Al-Quran pasti akan memberi syafaat kepada pembaca dan penghafaznya, ketika mana diakhirat kelak. Kelima - Manusia yang menyuburkan hatinya dengan kalam Allah, akan menjadi manusia yang berakhlak mulia, berhati bersih dan beroleh keredhaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan apabila engkau membaca al-quran (wahai Muhammad), kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu".

- Al-Isra' ayat 45 -

Sebagai umat Islam, maka wajiblah bersyukur kerana telah dikurniakan dengan nikmat Islam dan iman yang sebenarnya. Bersyukur dalam erti kata yang sebenarnya adalah dengan hati yang penuh takwa dan takut kepada Allah s.w.t. Tiada gunanya kita menyatakan kesyukuran itu, sekiranya Al-Quran diabaikan tanpa membacanya atau memahami dan mengamalkan ajarannya. Malah lebih malang lagi ada dikalangan manusia yang bersikap biadap dengan memijak al-quran dan menguwek-nguwekkannya. Hati mereka telah gelap dan menyimpang jauh orang yang tidak mampu membezakan perkara-perkara yang hak dan batil, pahala dan dosa, halal dan haram. Yang sopan dikatakan kolot yang sesat didewa-dewakan. Malah dalam menegaskan hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya al-quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar (iaitu ajaran islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman , yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

-Al-Isra' ayat 9 -

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha mencari keberkatan Allah s.w.t dan berdoa agar sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungannya serta beroleh kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat.

Ya Allah , kurniakan kerahmatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan, kesuburan dan penghasilan, ke atas negeri kami Wilayah Persekutuan KL. Jadikan rakyatnya bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, lindungi kami daripada persebgketaan, perpecahan, fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian WPKL dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat. Amin.

Kredit: www.jais.gov.my