Sempena keluaran raya 2009, kami diberi peluang bergambar untuk disiarkan di dalam majalah. Maka masing-masing pun bergayalah dengan aksi tersendiri. Begini gelagatnya, posing secara santai konon. Dua daripada mereka di atas iaitu yang bertudung ungu dan hitam sudah tidak lagi bersama kami. Sesekali rindu datang menjemput kepada kawan yang memakai baju berbunga halus bertudung hitam tu. Dia kawan baik saya sewaktu pejabat kami masih di Berita Harian. Ketika itu setiap petang saya menumpang keretanya untuk balik ke rumah. Budi baik mu kanku kenang sampai bila-bila....
Friday, May 21, 2010
Terkenang dia.

Sunday, May 16, 2010
Madrasah Nurulhuda Perlu RM15,000
Ukuran Madrasah (2 tkt). Panjang: 30 meter, Lebar 22 meter. Tinggi 16 meter.
Anggaran wang yang diperlukan untuk menyiapkan madrasah, RM15,000 sahaja lagi.
Pembinaan bermula pada tahun 2007 dan sudah 90 peratus siap.
Alamat: Thnoth Village, Pongro comone.chhloung
Daerah: Kratie, Kemboja.
Sebarang pertanyaan, hubungi nombor telefon 855-12-279003 (Kemboja) dan nombor telefon 017-3087739 (Malaysia).
Boleh masukkan terus wang ke dalam akaun: ACLEDA Bank Plc
SWIFT CODE: ACLBKHPP
CHIPS uid 415637
ATAS NAMA: Man Ka Soem
No Akaun: 1008-20-000677-1-1
Suatu hari dapat panggilaan telefon jauh dari Kemboja. Pemanggilnya Uztaz Kosem Mhd Daud, Pengasas dan Pengerusi Sekolah Madrasah Nurulhuda di wilayah Kratie. Lantas teringat yang saya pernah memberikan sekeping kad nama kepada seseorang selepas sesi temu bual sewaktu mengikuti rombongan Yayasan Salam di Kemboja.
Menerusi panggilan itu, beliau memberitahu saya akan ke Malaysia dalam misinya untuk mendapatkan derma bagi menyiapkan madrasah berkenaan. Selang beberapa minggu, Ustaz Kosem menelefon dari Kelantan dan memberitahu dia akan turun ke Kuala Lumpur.
Sesampai di Kuala Lumpur, beliau terus menghubungi saya dan kami mengatur temu janji di KL Sentral. Dalam hati risau juga, Ustaz Kosem menaruh harapan tinggi kepada saya untuk membantunya mengumpul derma. Manalah saya ada wang banyak nak disumbangkan, setakat mana mampu bolehlah... dan saya juga tidak ramai kawan daripada kalangan orang kaya dan korporat.
Selepas bertemu bual dan menyampaikan sedikit sumbangan, saya memberitahunya akan mewar-warkan rayuan derma melalui facebook dan blog. Beliau sangat gembira, katanya dengan meminta bantuan orang seperti saya, hasilnya lebih baik daripada dia pergi dari seorang ke seorang untuk memungut derma. Saya berasa terbeban. Ini pun sudah terlewat `menyiarkan' rayuan ini. Rasa bersalah sangat.
Sebagai bukti dia memungut derma secara sah, Ustaz Koesem memberikan saya satu risalah yang antara lain terkandung salinan Sijil Kebenaran daripada kerajaan Kemboja.

Setakat ini sekolah itu mempunyai 60 pelajar semua lelaki. Menurut Ustaz Kosem, dermawan yang ingin menaja pengajian pelajar juga dialu-alukan.
Dalam risalah itu tercatat maklumat, "Kepada sesaipa yang berhajat untuk infaq atas nama Madrasah Nurulhuda, jadual perbelanjaan adalah seperti berikut;
1. Untuk gaji Ustaz - 4 orang sebulan USD 400.00
setahun USD 4,800. 00
2. Untuk makan pelajar 60 orang sebulan USD 1,000.00
setahun USD 12,000.00
3. Untuk Thaam Pelajar sebulan USD 1,000.00
setahun USD 12,000.00
4. untuk minyak generator sebulan USD 50.00
setahun USD 600.00
Jumlah perbelanjaan setahun USD 18,240.00
Besar sungguh ganjaran pahala bagi mereka yang mampu memberi sumbangan banyak untuk kegiatan pendidikan agama.
Selamat menderma... Amin!
Saturday, May 15, 2010
Jalan-jalan di Kemboja
Cerita lanjut baca di bawah,
Tajuk: Meninjau Kesan Kekejaman Regim Khmer di Kemboja
Tulisan: ILIYANA HAMDAN
Tulisan: ILIYANA HAMDAN
Iliyana belajar menulis rencana berdasarkan lawatan ke Kemboja. Banyak jugalah yang saya kena edit.
Melancong ke Kemboja, tidak lengkap kalau tidak mengunjungi Angkor Wat, Memorial Choeung Ek dan Muzium Genocide/Tuol Sleng. Terletak 5.5 kilometer ke utara bandar Siem Reap, Angkor Wat adalah kompleks bangunan kuil di Angkor, Kemboja dibina untuk Raja Suryavarman II pada awal abad ke-12 sebagai ibu negara.
Angkor Wat
Kekal sebagai pusat ibadat penting, kuil ini mula diguna oleh penganut agama Hindu dan kemudian penganut Buddha. Terkenal dengan gaya seni bina klasik Khmer, bangunan itu menjadi lambang kemegahan negara serta pusat pelancong terkenal. Bahkan motif kuil itu dimartabat sebagai hiasan pada bendera kebangsaan Kemboja. Sayangnya sewaktu melawat negara itu Disember lalu, saya tidak sempat ke Angkor Wat, sebaliknya berpeluang mengunjungi dua lagi destinasi pelancongan penting iaitu Memorial Choeung Ek dan Muzium Genocide, Tuol Sleng (S-21).
Memorial Choeung Ek (Killling Fields)
Kalau Angkor Wat terkenal kerana keindahan seni binanya, tetapi Memorial Choeung Ek dan Muzium Genocide diingati kerana kesan sejarah hitam yang amat pahit untuk dikenang rakyatnya. Memorial Choeung Ek, 15 kilometer dari Phnom Penh, ialah tempat mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja sewaktu zaman pemerintahan ultrakomunis Khmer Rouge (Khmer Merah).
Selama tiga tahun di bawah pemerintahan kejam Pol Pot, bermula 17 April 1975 hingga 7 Januari 1979, ramai rakyat negara itu disiksa dan dibunuh. Mereka yang disyaki melanggar peraturan pemerintah, ditangkap dan disiksa supaya mengaku salah dan kemudian dihukum mati. Mangsa dibawa ke mana-mana kawasan padang yang luas untuk dibunuh secara kejam dan ditanam dalam lubang besar.
Padang luas atau lebih dikenali Killing Field adalah tempat mangsa dibantai dan di penggal kepala sehingga mati selepas mereka mengaku salah melakukan perbuatan melanggar peraturan pemerintah. Mayat mangsa yang bercerai kepala daripada badan ditanam beramai-ramai di dalam lubang besar yang digali di padang itu. Difahamkan padang seumpama itu terdapat di merata-rata tempat di Kemboja, ia kini menjadi kubur ribuan penduduk yang tidak berdosa.
Sebagai mengingati sejarah itu, kerajaan Kemboja membina sebuah tugu dikenali Memorial Choeung Ek di salah satu kawasan Killing Fields. Sewaktu berkunjung ke situ, dari jauh kelihatan bangunan kurus tinggi. Di dalamnya terdapat kabinet kaca lut sinar yang mempamerkan sebahagian tengkorak mangsa korban penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai di kawasan itu. Ruang paling bawah mempamerkan pakaian mangsa yang sudah usang.
Kawasan sekeliling bangunan memorial itu diturapkan tar manakala di bahagian belakang terletaknya beberapa kubur besar. Masih kelihatan kesan lubang tempat bersemadinya mangsa-mangsa siksaan. Lubang kubur bentuk segi empat, setiap satu kira-kira sebesar tapak rumah diteduhi atap dengan papan kenyataan menerangkan sejarah kejadian. Berhampiran salah satu kubur terdapat satu kotak kaca berisi tulang mangsa yang hampir reput.
Bangunan memorial mempamerkan tengkorak sebahagian mangsa. Di sekitar kawasan itu, terdapat papan kenyataan tertera gambar dan maklumat penting termasuk nama dan latar belakang mangsa daripada kalangan orang penting.
Sewaktu Pol Pot berkuasa di bawah regim Khmer Rouge, negara itu dikenali ‘Democratic Kampuchea.’ Dalam waktu pemerintahan singkat itu, anggaran satu hingga dan 2.5 juta rakyat dilapor terkorban. Sesetengah mati kerana sengaja dibunuh, sebahagiannya mati ketika disiksa, diserang penyakit, kebuluran dan terbiar.
Sebelum 1975, padang Choeung Ek adalah kebun dan kubur penduduk keturunan China. Sewaktu pemerintahan regim itu, tempat berkenaan dijadikan salah satu padang pembunuhan. Dianggarkan 17,000 mangsa lelaki, wanita dan kanak-kanak, dibawa ke padang itu untuk ditamatkan riwayat mereka selepas disoal siasat, didera dan dibiarkan kebuluran di Penjara S-21 (Tuol Sleng) di Phonm Penh. Kini, menara Choeung Ek ibarat batu nesan kepada kubur besar yang menyimpan beribu-ribu mayat. Kedai cenderamata dan khidmat pemandu pelancong disediakan di bahagian depan memorial itu.
Muzium Genocide Toul Sleng (S-21)
Kunjungan ke Killing Fields tidak lengkap tanpa disertai lawatan ke Muzium Genocide bagi melengkapi maklumat sejarah mengenai kekejaman Pol Pot dan regim Khmer Rouge. Sewaktu Pol Pot berkuasa, tempat itu ialah penjara S 21, iaitu tempat tahanan dan penyiksaan rakyat yang ditangkap kerana disyaki menentang pemerintah.

Tuol Sleng asalnya adalah sekolah tinggi kerajaan tetapi pada 1975, ditukarkan menjadi penjara oleh pemerintah Khmer Rouge. Di situ mangsa disoal siasat, didera dan disiksa secara sistematik dengan pelbagai peralatan dan kaedah penyiksaan untuk mendapat pengakuan bersalah.
Mangsa dipaksa mengaku salah atas apa jua tuduhan yang dikenakan, kemudian butir-butir pengakuan direkodkan dan gambar diambil untuk dihantar kepada pemerintah sebagai bukti bahawa mereka adalah penderhaka dan seterusnya dibawa ke padang pembunuhan untuk ditamatkan riwayat.
Dilaporkan 17,000 hingga 20,000 mangsa disiksa di penjara S-21 sepanjang pemerintahan itu. Hanya tujuh tahanan dijumpai hidup sewaktu penjara itu ditutup ketika kejatuhan regim berkenaan dan dilaporkan ada kira-kira 20 lagi penjara seperti itu di seluruh negara.
Kini bekas sekolah dan penjara itu berfungsi sebagai muzium peringatan kepada kezaliman dan kegilaan regim Khmer Rough. Selepas kejatuhan regim itu pada 1979, tidak banyak harta negara ditinggalkan.
Kini bekas sekolah dan penjara itu berfungsi sebagai muzium peringatan kepada kezaliman dan kegilaan regim Khmer Rough. Selepas kejatuhan regim itu pada 1979, tidak banyak harta negara ditinggalkan.
Penjara itu menyimpan rekod terperinci kejadian, terutama beribu-ribu gambar mangsa penderaan, yang kini dipamer kepada umum. Selain menyaksikan keadaan penjara, bilik tahanan, peralatan penyiksaan dan rantai besi, pengunjung dapat melihat pelbagai gaya penyiksaan yang dilukis oleh Vann Nath, salah seorang daripada mereka yang terselamat dari penjara itu.
Di kawasan tengah bekas pusat penjara itu juga terdapat kubur tempat bersemadinya beberapa tahanan yang dijumpai mati pada saat kejatuhan pemerintahan regim Khmer. Rouge.
Bermatlamat melahirkan rakyat taat dan bertaraf sama rata, Pol Pot berusaha menghapuskan semua orang yang ada hubungan dengan dunia luar, ahli perniagaan, golongan akademik, profesional, ketua agama dan yang mengamalkan perintah agama. Sekolah dan gedung perniagaan dibakar, penghapusan etnik dilakukan dan semua rakyat dipaksa bekerja di ladang, dalam usaha beliau melahirkan negara pertanian.
Thursday, May 6, 2010
Iliyana dan Makyong SINDO
Sewaktu pengsan kerana kebuluran, Sindo bermimpi didatangi Mok Cik Sedewa-Dewa yang memberikannya pakaian indah bagi menyertai persembahan di istana.
Sebelum lupa, nak ambil kesempatan masukkan entri mengenai kegiatan anak yang kedua tu, siapa lagi kalau tak si Iliyana. Dalam dua minggu lepas kut, saya dan si dia sempat pergi tengok persembahan Mak Yong budak-budak final year diploma Akademi Seni Warisan Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 23 - 25 April di Panggung Eksperimen kampus itu.
Pelajar tahun akhir semua jurusan - Muzik, Tarian, Teater, Penulisan Kreatif, Video dan Filem dikehendaki bergabung mempersembahkan Mak Yong, salah satu subjek wajib bagi pelajar semua kursus di Aswara. Iliyana yang mengambil Penulisan Kreatif pun kenalah berlakon dan menari, walaupun dia tak ada langsung darah seni di bidang itu.
Saya memanglah teruja nak melihat persembahan itu. Sejak dari awal kemasukannya di Aswara, saya wonder bolehkah si Iliyana ni melakukan persembahan yang penuh berseni. Maklumlah Makyong ini sebenarnya adalah salah satu persembahan di istana pada zaman dulu.
Kena pula menari lemah gemalai dengan jari melentik, mengikut alunan muzik dan kemudian bercakap dalam loghat Kelantan yang berlagu.
Kena pula menari lemah gemalai dengan jari melentik, mengikut alunan muzik dan kemudian bercakap dalam loghat Kelantan yang berlagu.
Tak sangka pula kali ini si dia nak ikut menonton, memang susah nak ajak dia sebenarnya. Saya perasan dia pun seronok menonton dan ketawa berderai tengok gelagat lucu pengasuh raja. Kesian budak-budak negeri lain kena bercakap loghat Kelantan, bolehlah juga walaupun kadang-kadang ada juga yang terbabas cakap Utara dan sebagainya. Si dia seronok bukannya apa, sebab dia faham dengan semua dialog, maklumlah dia asal dari Kelantan. Dan saya pula campur Kelantan Pahang, jadi pun fahamlah jugalah.
Lucu pula, saya ingatkan Iliyana hanya berlakon, rupa-rupannya dia pun menari. Tak sangka pula dia yang bukan dari jurusan tarian kena menari. Persembahan dimulakan dengan scene tarian. Sewaktu babak ini, saya pandang saja kepada sekumpulan penari di depan, dalam kepala nak fokus pada babak lakonan, tunggu Iliyana muncul. Sudah beberapa minit persembahan berlangsung sewaktu mereka tengah asyik menari, ternampak pula seorang macam Iliyana dan saya pun berbisik kepada si dia. "Adik ke tu?"
Dia pun jawab: "Lah, dialah tu.. tak tahu ke?" Ha ha.. saya pun terus menghalakan lensa kamera dan snap, snap, snap. Tengok gerak-geri tarian dia, ewah menjadi jugak rupanya.
Selepas scene tarian barulah mereka tukar pakaian untuk membawa watak dalam cerita SINDO, anak yatim yang didera ibu tiri, yang membawanya berkelana sehingga akhirnya mendapat jodoh di istana. Tema cerita biasa saja tetapi pembawaan watak yang diutamakan. Iliyana membawa watak Tok Selamoh, ibu angkat Sindo. Hmm... bolehlah tu, bukannya saya suruh jadi dia pelakon ke penari... nak cukup syarat wajib untuk lulus exam je. Itu sajalah sekali kut peluangnya untuk mempersembahan Mak Yong, selepas ni tak adalah dah la. Tapi saya memang kagumlah dengan budak-budak Teater yang bercakap lantang dan over acting sehingga menggamatkan suasana.
Sehari sebelum persembahan, sekumpulan pelajar termasuk Iliyana muncul di rancangan Malaysia Hari Ini (TV3) untuk promosi bersama pensyarah mereka, Pak Nasir. Kita ye ye tunggu di depan TV, apalah si Iliyana beraksi, asyik membelakangi kamera...
Tuesday, May 4, 2010
Hasil daripada tahi gajah!
Mula-mula tahi itu dibersihkan, ia direbus dan dicampurkan bahan untuk mematikan kuman. Selepas dibersihkan, najis kotor bertukar menjadi serat tumbuhan. Serat itu dimasukkan ke dalam mesin penghancur. Kemudian ia dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam air yang mengandungi acuan petak seperti di bawah.
Serat tahi gajah diratakan ke dalam acuan dan dibiarkan supaya mendap. Selepas itu, acuan berkenaan diangkat dan ditoskan airnya. Seterusnya ia dijemur, apabila kering serat hancur tadi bertukar menjadi kertas kasar. Ia diwarnakan dan dibentuk menjadi produk seperti kulit album dan bingkai gambar dan kemudian di jual. Bayangkan kalau kertas yang kita beli dan guna itu adalah tahi gajah!
kenangan bersama Kiran di pesta buku 2007
Seronok melihat gelagat pengunjung yang tercengang melihat bagaimana saya menukar sekeping kain menjadi bunga roset untuk hiasan pengikat langsir dan beg bimbit, dengan hanya menjahit tangan.
Pada tahun itu, jenuh meronda dari satu booth ke satu booth membelek dan membeli buku-buku. Semasa itu gila beli novel, sampai berlambak novel di rumah - konon nak belajar tulis... bila dah tulis baru tahu betapa susahnya nak berkhayal menulis cerita, lantas menyedari diri ini tidak cukup kreatif untuk itu.
Saturday, May 1, 2010
Malam Wartawan 2010
Gembira menikmati hidangan.... tetapi di majlis ni saya langsung tak berselera nak makan. Toleh kiri kanan, orang lain semuanya makan sampai licin pinggan.
Ambil peluang bergambar depan backdrop Majlis Anugerah Wartawan 2010.
Hari itu, saya tumpang seorang kawan sepejabat untuk pergi ke Majlis Anugerah Wartawan di sebuah hotel dan tuah menyebelahinya apabila dia diumum salah seorang pemenang. Dan dia dapatlah hadiah wang tunai RM15,000... kawan-kawan sepejabat yang duduk satu meja bertepuk tangan kegembiraan.
Balik ke ofis esoknya, wa... ramai betul yang minta dia belanja makan. Tetapi saya tidaklah kisah sangat fasal itu tetapi satu permintaan saya kepada dia... he he ajarlah saya bagaimana nak tulis sampai ke tahap boleh menang... jawab dia "nanti saya buka kelas ya."
Saya tahu kawan saya yang itu sungguh rajin dan berdedikasi orangnya. Pandai menulis dalam bahasa Inggeris, ayat-ayatnya hemm....apa orang kata, bombastik.. gitu. Tahnialah kepada dia... Sayangnya saya tak sempat nak bergambar dengan dia, sebab teburu-buru nak pulang. Maklumlah malam kan, nak cepat jumpa Kamil yang sedang menunggu di rumah.
Semasa nak balik, angin satu badan sebabnya salah tempat tunggu si dia. Saya beritahu dia, saya tunggu depan hotel, rupa-rupanya tempat yang saya berdiri itu bukan depan tetapi di pintu sisi. Jenuhlah tunggu, tak nampak keretanya lalu.
Dah tahu silap sendiri, tetapi tak nak mengaku... nak puaskan hati yang tak puas hati, tunjuklah muka yang tak puas hati... sampai balik ke rumah. Pekdahnya.... dapatlah jumpa kawan-kawan lama yang semuanya dah berubah rupa, dari kurus jadi kembang yang berambut hitam dan jadi putih. Makan pun tak kenyang, hati sakit kerana lama tunggu kereta.
Subscribe to:
Posts (Atom)