Monday, April 5, 2010

Menambahkan Kenalan Blog

Sementara internet tengah okey ambil peluang memasukkan lebih sikit entri. Nak berkongsi keseronokan, kalau dulu blog saya hanya link dengan blog kawan yang dikenali, tetapi sekarang dah ada link dengan beberapa rakan blog yang hanya dikenali menerusi maya.

Mula-mula saya sapa Aida pemilik blog Patin Pasta yang berada jauh di seberang laut. Diperkenalkan oleh Zurin, saya terpikat pada nama blog Aida, Patin Pasta ... nampak saje nama Patin, terus kecur liur teringat ikan patin masak tempoyak... makanan kegemaran orang Pahang. Kebetulan kami sama-sama satu negeri. Entri Aida dalam bahasa Pahang, faham benar oleh saya, jadilah seronoklah membacanya.

Baru-baru ni, menerusi blog Aida saya dapat tahu mengenai blog Ben Ashaari... amboi pemuda seorang ni memang gila berblog... dia sendiri mengaku... Tengok jejak pelawat dia, tak terkata... ramainya peminat. Saat ini jejak pelawat dia berjumlah 95,906! Hairannya, rajin sungguh dia mengupdate entrinya, mengulas dan memperkenalkan blog orang lain. Tengoklah entri fasal pameran kasut di PWTC baru-baru ni, panjang berjela. Walaupun dia berkali-kali mengingatkan fasal pameran itu, tetapi bila tiba harinya saya tak sempat nak pergi menjenguk ke pameran itu.

Hujung minggu itu saya sibuk menyiapkan satu projek bersama seorang kawan. Mujur dapat tengok gambar di blog Ben. Boleh bayangkan kemeriahannya. Kepada Ben Ashaari, akak ucapkan terima kasih kerana tambahkan senarai link dengan blog akak.

Yeah... sudah cecah 2,000!




Hari ini, jejak pelawat ke Duniaku - Rashidah Ibrahim sudah mencecah 2,000. Terlewat membuka kaunter, jadi tak tahulah berapa jumlah sebenar pelawat sejak blog ini dibuka pada Januari 2009.

Dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapanya ini. Maklumlah blog saya ni tidaklah secantik blog-blog orang lain. Baru nak belajar berblog... Saya mengambil masa agak lama untuk tahu mengendalikannya. Sampai sekarang banyak lagi yang masih perlu saya belajar. Ingat lagi, dalam setahun juga terbiar kosong sebelum pandai memasukkan gambar.

Kalau dulu tak tahu macam mana nak link dengan blog orang lain, sekarang dah pandai dah... itu pun asyik lupa. Sekejap-sekejap kena tanya anak macam mana nak buat itu dan nak buat ini. Mujurlah si Iliyana sanggup melayani kerenah emaknya, dialah yang tolong membuka page ini dan memasukkan gambar pada tajuk, membuka kaunter jejak pelawat dan sebagainya.

Selesa sikit sebab dah tahu meng upload gambar sendiri, bagaimana nak susun gambar ala kadar. Sekarang saya dok tunggu Iliyana buka ruangan sembang di blog ni. Bilalah dia nak buat tu. Iliyana ni aci pengelat jugalah. Mentang-mentang saya minta tolong dia tambahkan itu dan ini....ambil peluang menceroboh pula tu!

Suatu hari saya nampak ada kotak soal selidik iklan nuffnang ad... seronok benar saya. Ingatkan ia muncul sendiri. Tilik2, rupa-rupanya Iliyana link guna akaun dia. Frustlah juga. Kita penat-penat tulis entri, ajak orang masuk... duit iklan pergi ke akaun dia... Apa lagi merungutlah saya, "Kenapa daftar atas nama adik? Letaklah nama mama."

Selamba saja dia jawab: "Tak apalah, nanti duit tu terkumpul setempat... sama jugalah. Bukan banyak pun dapatnya... Baru RM3 je.. Kawan adik dah dapat RM100 dah."

Si emak yang tak reti nak buat apa-apa ni, terpaksalah berdiam mememdam rasa tak puas hati... Apa tidaknya, orang sewa tapak tanah kita, duit masuk kepada orang lain huk huk..huk. Fikir-fikir pula, takkanlah kerana duit sewa tapak yang entah berhasil atau tidaktu, nak bergaduh anak beranak he...he... he...

Tuesday, March 30, 2010

Kembara Hias Bersama Eric

Salam untuk kawan blogger sekalian, kali ini nak mengimbau kenangan sewaktu mengikuti rombongan Kembara Hias Anjung Seri (AS) Bersama selebriti, Eric Leong. Rasa baru saja berlangsung tetapi pejam celik - pejam celik dah pun dua tahun berlalu. Berlangsung pada 2008, program Kembara Hias diadakan sempena menyambut ulang tahun ke - 15 majalah AS.


1. Bergambar kenangan bersama peserta di dewan hotel.


2. Mula-mula sampai, merayap bersama Eric di Waterfront... sempatlah bergambar di tepi sungai Sarawak bersama team promotion.


3. Feri menghubungkan penduduk di seberang Sungai Sarawak dengan bandar Kuching. Seronok juga kalau dapat naik feri ni...


4. Panorama syahdu di tepian Sungai Sarawak. Suasananya hening dan tenang.


5. Sebelum senja, balik ke hotel menjalankan tugas mengisi barangan sponsor ke dalam beg door gift untuk peserta.


6. Belajar melipat napkin.


5. Peserta memperagakan hasil kreativiti dalam acara pertandingan membuat pakaian daripada kertas surat khabar.



Geram tengok gift coklat, Shiela sempat bergambar... nak curi idea cara bungkuslah tu!



7. Sebelah malam.... teruja, dapat naik sampan untuk ke gerai makan di seberang sungai.




8. Hari terakhir, sebelum berlepas pulang... bergambar gila-gila bersama Eric di lapangan terbang.

Friday, March 26, 2010

Menjenguk Pesta Buku



Cerianya Booth ni, dengan belon segala...


Dalam banyak-banyak, khabarnya majalah Bonus 2010 inilah yang paling laris... berbaloilah berbulan menghabiskan masa menyelenggaranya... Tapi tak berkenanlah dengan gambar cover ni! Bukan pilihan saya...



Zurin, dengan senyum sunggingnya.


Hari ni sehari suntuk duduk di ofis menyiapkan kerja sebab dah dateline. Ramai pula yang cuti nak menghabiskan baki tahun lepas. Tiga orang cuti serentak, hemm sunyilah department saya.


Semalam sempat pergi ke Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur di PWTC. Sebab kurang fit, tak sempatlah nak tawaf sampai ke seberang sungai sana. Mula-mula merayau ke booth Karangkraf/Alaf yang luas satu dewan, lepas tu barulah ke booth BP. Sempat juga ambil gambor untuk kenangan.

Thursday, March 25, 2010

Kisah anak -anak muda sekarang.



Macam nilah dia tunjuk muka kalau dia buat sesuatu yang emak dia tak suka...




Jat main suka-suka je... sementara belum kerja... kata dia... tetapi sesekali pula dia berangan... "Mama... Jatt nak buka studio jamminglah. Sambil kerja sambil buat bisnes sewa studio," katanya.



Minggu lepas, turut bersedih di atas pemergian ke rahmatullah anak bongsu bekas kawan sepejabat dan sekuliah, Datuk Manja. Arwah dilapor terkorban dalam satu kemalangan sewaktu pulang daripada bermain futsal, lepas jam 12 malam. Tak tahu apa berlaku menyebabkan dia tercampak keluar daripada kereta sewaktu memandu di kawasan perumahan. Saya dapat bayangkan perasaan ibu bapa yang kehilangan anak dalam usia muda. Ketika itu arwah baru sahaja dapat keputusan SPM.

Beberapa tahun lalu, anak salah seorang saudara suami, juga terkorban dalam nahas jalan raya di Melawati. Dari dua, kini tinggal seorang sahaja anak mereka. Menurut ibunya, sebelum kejadian berlaku sedikit pertengkaran apabila dia menghalang anaknya keluar malam. Apabila ibu dan bapa dah tidur, anak itu mengambil kunci kereta lalu keluar diam-diam. Mereka dikejutkan oleh panggilan telefon yang memaklumkan mengenai kemalangan anak berkenaan. Dalam lingkungan usia sama.

Teringat pula ketika mendapat berita kemalangan anak lelaki sulung lebih lima tahun lalu. Saya dan suami dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis rumah terbuka. Izzat pada hari itu sepatutnya dalam perjalanan pulang dari kampusnya di Perak. Saya terusnya menghubunginya. Dah sampai ke mana agaknya dia.

"Hello..."

"Hello" Jawab satu suara.. bukan Izzat. Belum sempat terfikir apa-apa suara itu memberitahu: "Izzat kemalangan jalan raya." Saya blurr tetapi tenang. Namun di dalam hati macam-macam yang saya fikirkan.

Sehelai pinggang, kami terus ke Perak.... sebentar kemudian, dapat pula panggilan telefon daripada Hospital Slim River memberitahu Izzat sudah dibawah ke hospital Ipoh. Khabarnya dia sudah sampai ke Rawang sewaktu kemalangan berlaku. Mereka menaiki motor secara konvoi. Itulah kali pertama Izzat tunggang motor jarak jauh. Motor baru saja dibeli. Sebelum itu, kami mempelawa untuk mengambilnya tetapi dia menolak. Nak cuba naik motornya, katanya. Sungguht terkilan. Dia dirempu lori tangki minyak!

Sudah sampai di Rawang tetapi kenapa dibawa ke Ipoh? Rupa-rupanya, sewaktu kemalangan - apabila kawan-kawan dia tahan kereta untuk minta bantuan tak ada kereta menghala ke KL berhenti. Sebaliknya kereta di sebelah sana jalan, yang menghala ke utara pula berhenti.

Seminggu dia terlantar di hospital, tidak dapat bangun. Motosikal yang dirempuh jadi seperti huruf V. Tetapi Izzat tak dapat satu luka luaran pun. Terpaksa dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk periksa kecederaan dalaman.

"Anak encik bernasib baik.. kecederaan tidak sampai ke saraf tulang belakang yang boleh menyebabkan dia lumpuh," kata doktor yang memeriksanya di ICU. Alhamdulillah. bisik hati saya.

Hari kedua di hospital, dalam keadaan terbaring tak dapat bangun, Izzat bersuara. Bukan saja buat saya terkejut tetapi marah.. dan ucu pun ada. Mula-mula dia kutuk orang yang melanggarnya dan kemudian berkata: "Mama... belikan Izzat motor besar... Kalau motor Izzat besar, tak mungkin jadi macam ni... orang tak berani langgar..."

Adui ingatkan dia serik, rupa-rupanya nak yang lagi besar... Kalau dah namanya budak...budak jugaklah. Saya tarik muka masam.

"Tak payah dah nak bermotor-motor!" Kata saya sambil berazam untuk mengharamkannya naik motor. Selepas kejadian itu, kami membelikannya kereta 2nd hand untuk dia berulang alik ke kampus.

Mengenang kemalangan itu, memang teruk jugalah. Tetapi umur Izzat panjang. Sewaktu di mahkamah, seorang polis menyifatkan Izzat `budak mati hidup semula'. Maksudnya - melihatkan keadaan kemalangan, orang tak kata dia boleh hidup.

Dalam keadaan sihat tubuh badan, Izzat masih berperangai seperti budak-budak muda lain.. suka keluar malam. Pantang hujung minggu, pulang semata-mata nak pergi jamming dengan kawan-kawan di KL. Pada malam kemalangan menimpa anak Datuk Manja, Izzat juga ditimpa nasib tidak baik. Lepas jamming di Wangsa Maju dia dan kawannya ke KLCC untuk berjumpa bekas kawan2 sekuliah yang turun dari Penang. Mereka masuk ke satu restoran, ketika itulah keretanya dipecah orang. Habis semua barang-barang gitar dan gajetnya dicuri. Dengan barang-barang kawannya sekali hilang.

Pagi-pagi sewaktu saya masuk ke bilik air, saya terdengar suara dia memanggil.... ngok-ngek, ngok-ngek bercakap kat luar.

"Apa ni... mama tak dengarlah," marah saya sebaik keluar dari bilik air. Dia pun berceritalah dalam keadaan muka yang hampa. Terdiam saya mendengarnya.. tak tahu nak marah atau suka... nak juga kata dalam hati... padanlah muka tak dengar mama cakap, jangan keluar malam, jangan keluar malam. Ke hulu ke hilir bawa barang2 yang dekat berpuluh ribu ringgit... orang mengintai dan mark kereta..."

"Dua bulan lagi nak exam...tahun ni tahun akhir.. dah tak payah main-main gitar lagi," kata saya. Tambah berang dan tak terkata apa... bila dia jawab... Eissh mana boleh, nanti Izzat nak beli yang lain.. Izzat nak juga... Izzat tak kira.."

Wednesday, March 24, 2010

Janganlah katuk kepala saya...

Entri mengenai politik pejabat yang saya tulis baru-baru ini hanya bertahan beberapa jam sahaja, lepas tu saya delete. Bila terfikir mengenai risiko takut ada yang terasa, saya tak sedap hati lalu pindahkan ke dalam document. (Takkan nak padam begitu saja, penat-penat tulis... simpanlah). Biasalah kalau tulis mengenai kisah pejabat, ia adalah luahan hati yang tak mungkin terucap.

Ni nak tulis lagi fasal hal pejabat... dalam meeting terbaru, saya kembali diberi tanggungjawab mengawasi tugasan adik-adik junior. "Kalau mereka gagal submit ikut dateline, saya marah awak?" `Ugutan' sama pernah diberikan kepada saya beberapa tahun lalu. Dulu ada lagi tambahan kata-kata yang lebih laser, "kalau story mereka lambat atau rak submit, kepala awak saya ketuk!" Selepas sekian lama direhatkan dari tanggungjawab yang membebankan itu, hujan tidak ribut tidak, tiba-tiba saya diserahkan semula tugas berkenaan. Arahan itu saya terima dengan hati reda.

Nak ceritanya, saya memang tak suka diberi tanggungjawab mengawasi tugasan orang. Sangguh, jadi orang bawahan lebih baik kerana kita dapat memastikan story kita mengikut dateline. Selamatlah daripada dimarahi. Story kita, kita tahulah bila nak hantar. Sebelum dateline. Kalau pun lambat dan dimarah, memang padanlah kerana kesalahan sendiri. Masalahnya, kalau orang lain sengaja melambatkan serahan tugas walaupun sudah diingatkan dan kepala kita pula yang kena katuk, memanglah naya kan? Tapi tak apa-apa, saya bukanlah bermaksud nak merungut atau mahu melarikan diri daripada tanggungjawab yang diamanahkan. Akan cubalah melaksanakannya, sambil terus giatkan usaha menulis. Paling tidak, boleh buat bahan standby. Kalau ada yang gagal hantar ikut dateline, dapatlah beri rencana sendiri sebagai galang ganti supaya kepala saya tidak dikatuk...

Friday, March 19, 2010

Friday, March 19, 2010

Keliru...

Duta produk Farah AF dan Erin

Petugas bukan Melayu

Sebahagian dariapda produk


Kita kadang-kadang sering tertipu oleh nama dan slogan. Jika sesuatu produk itu dikenali dengan nama Melayu dan menggunakan pula slogan keislaman seperti `suci' atau `gunakan tanpa was-was', kita terus menganggap ia produk syarikat orang Melayu atau Islam.

Semalam saya ke majlis pelancaran produk kecantikan satu syarikat yang terkenal dengan jenama Syahirah. Kali ini syarikat itu memperkenalkan produk terbaru, Syasya untuk golongan remaja. Terpampang slogan `seri & suci' serta logo halal pada produk itu. Saya difahamkan fakta `halal' yang dimaksudkan ialah produk itu tidak dicampurkan bahan alkohol, untuk memancing pasaran golongan Melayu.

Sampai di majlis itu, saya lihat petugas terbabit memakai baju merah jambu. Kelihatan manis-manis belaka. Kerana ia produk remaja, ramailah petugas muda-muda terbabit. Dan ada juga kakitangan wanita yang agak berusia, juga memakai baju merah jambu. Yang menangkap pemerhatian saya ialah kebanyakan mereka bukan Melayu. Masing-masing sibuk melayan hadirin yang datang dan mempromosi produk kecantikan dan wangian itu.

Melihat itu, terdetik pula di hati saya.... `kalau ia syarikat Melayu, takkan ramai warga kerja berbangsa asing?' Tapi disebabkan produk ini untuk sasaran pelanggan Melayu, dutanya pun tentulah Melayu iaitu tidak lain dan tidak bukan, Farah AF dan Erin Malik.

Ketika itu saya teringat satu lagi peristiwa, sebuah pasaraya yang namanya `Wasbudi'. Dengan lambang warna hijau Pas, ramailah orang Melayu menjadi pelanggannya. Sewaktu baru dibuka, berduyun-duyun orang Melayu membeli di situ termasuklah saya. Pada suatu hari, saya mengikut seorang kawan yang ingin meminta sedikit ruang niaga di kaki lima pasaraya itu. Kami pun pergilah berjumpa dengan`person in charge' atau pengurus, di ruang pejabat yang tersorok di belakang. Berwajah seperti Cina, dengan bangga dia menegaskan semua barangan di dalam kedai itu ditanggung halal. Lelaki berseluar paras lutut dan berstokin itu memperkenalkan diri sebagai Ali sambil menghulurkan kad perniagaannya. Saya lantas menyoal, awak Islam ke? Dia menjawab sambil tersengih..."Belum.." Tika itu saya terus hilang kepercayaan terhadap dakwaan halal yang dilaungkan pasaraya itu. Saya turut teringat kisah `Pau Ahmad` yang disebarkan di dalam internet.

Natijahnya: Jangan mudah mengandaikan sesuatu produk atau kedai itu keluaran/milik orang Melayu/Islam dengan hanya memerhati kepada tanda halal atau slogan yang keislaman.