Friday, November 21, 2014

Bilik Sewa di Jengka

Bilik untuk disewa

Assalamualaikum..


Untuk pelajar atau pun sesiapa yang perlukan bilik untuk disewa, sila hubungi nombor 013-3310221..
*Sewa RM140 sebulan untuk satu kepala.
* Lokasi lot kedai di Nadi Kota, tingkat atas, bangunan menghadap kawasan gerai dan stesen bas (atas kedai kasut - Shoes & Bag).


Peraturan masuk:
Kaedah bayaran bank in.
- Untuk pelajar, pembayaran ikut semester...  sewa x 5 bulan.
- Pelajar praktikal, sewa x berapa bulan praktikal.

Sila whatsaap kepada nombor telefon di atas untuk pertanyaan lanjut.

                                                                             















Friday, September 12, 2014

Usahawan Muda, Gigih Berniaga.


Sepetang di Nusantara Touch

Entah kenapa sekian lama meninggalkan blog bersawang begitu saja, minta maaf kepada rakan-rakan pengunjung.. rasa dah tak ada pengunjung lagi kut kerana tiada cerita baru ditulis … pada hal banyak kegiatan yang nak dikongsikan..

Mulai hari ini nak mulai aktif semulalah (azam hangat-hangat tahi ayam), apa ya nak dimulakan...ini bukan kisah hari ni tetapi kisah.. tiga hari lepas..(Rabu).

Program Bicara Anjung yang saya kendali membawa kami ke galeri Nusantara Touch, kedai barangan perhiasan logam milik seorang gadis muda trang tang tang, manis, tinggi lampai macam model orangnya. Usianya peringkat anak saya..ha ha..terasa sangat.. dah ketinggalan!!!

Bertempat di Bandar Baru Rawang, berhampiran KPJ dan Perodua Rawang, kedudukan galeri macam misteri pula, lokasi tak bernama.. jenuh cari nama Nusantara Touch pada bangunan yang dimaksudkan tp tak nampak.

Patutlah.. memang tak ada tanda papan iklan pun..

“Saja tak letak, untuk keselamatan,” jawab Ain pemilik syarikat yang manis jelita tu. Kedai di tingkat atas dihias dengan gaya vouge misteri… kesan daripada penggunaan warna latar hitam di ruang galerinya. Digandingkan dengan produk berkilauan, warna emas dan perak dengan cahaya suram, romantik mencetuskan satu macam perasaan..cosy dan tenang. Ditambah pula dengan gaya rekaan dalaman terkurung tetapi luas, terasa nak berlama di situ. Apatah lagi dengan segala macam perhiasan cantik dan mewah…membuatkan geraaaaam, ingin memilikinya.

Nusantara Touch mengkhusus dalam pengeluaran produk mewah menawan… barangan kemas dan perhiasan dalaman warna emas dan perak, daripada bahan piuter (campuran timah). Kelebihan bahan ini kata Ain ialah tidak berkarat.

Sedang anak muda lain masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan jiwa, Ain, 28 sudah lapan tahun mengendalikan bisnes berkenaan.

“Saya bermula dengan bisnes kad kahwin.. abang yang suruh.. dia ada kilang printer. Saya buat design, dan ambil tempahan cetak.. masyuuuklah juga..itu yang leka sampai lupa nak sambung belajar,” ujarnya yang berlatarkan perniagaan seni bina. Macam mudah aja nak buka bisnes. Saya fikir tentulah dia anak orang `ada-ada`, tetapi tak tahulah juga ….mungkin dia bermula secara sedikit demi sedikit… ataupun setelah banyak simpanan, dibuat modal untuk memulakan perniagaan lain pula.

Apa yang buat Ain minat untuk membuka perniagaan ni? (Barang kemas tiruan, perhiasan dalaman, cenderahati perkahwinan dan korporat).

“Saya jatuh hati apabila melihat produk ini di Ekspo Kraftangan, semasa tu saya menyertai ekspo berkenaan, menawarkan produk kad kahwin. Sejak itu saya mula mendekatinya. Kebetulan ada orang nak jual mesin pada harga patut, saya pun beli dan dari situlah bermulanya,” cerita beliau.  (Macam mudah aje???)

“Mesti tak banyak saingan?” Soal saya..
“Banyak juga puan… ramai juga orang kita buat bisnes,” balas Ain. “Sampaikan saya cukup berhati-hati dengan rekaan baru… saya tak buat launching untuk design baru, saya jual senyap-senyap kepada pelanggan saya saja.. kegiatan tiru meniru design ni perkara biasa dalam bidang ni puan… mereka beli satu, kemudian ikut design kita sebiji.. jadi sekarang saya hanya keluarkan design baru tiga tahun sekali iaitu sewaktu musim raya,” ujarnya yang menyembunyikan pahit getir lain…dia nampak seperti tidak ada masalah, sentiasa tenang dan tersenyum…tentunya kerana bidang perniagaan itu kena dengan jiwanya yang sukakan dunia kecantikan…. Namanya pun wanita kan

Ikuti siri kedua, pertemuan dengan seorang usahawan pelbagai bidang, yang membuatkan terjegil biji mata saya mendengar kehebatan perniagaannya….jumpa di majlis yang sama….tunggulah kalau ada masa ceritakan, entah zaman bila pula dapat tulis tak tahulah…

(Maaf belum ada gambar di galeri…
Kenangan daripada Nusantara Touch Enterprise, inilah antara  yang dijual, terima kasih Ain..).



Saturday, January 11, 2014

Kelas Langsir



Belajar Langsir dan Kraf Rumahtangga Dalam Masa 2 Hari.


Tanggal 20 - 21 Disember 2013 ... Bersama Cikgu Saidah Yusof mengendalikan kelas keenam membabitkan ramai peserta bagi Sanggar Busana & Langsir. Bukan sahaja peserta mendapat manfaat menerusi bengkel yang dikendalikan. Bahkan cikgu-cikgu juga mendapat ilmu daripada peserta. Jangan tak tahu, dalam seramai hampir 30 orang tu, ada yang baru nak mendekati dunia jahitan langsir, tetapi ada juga yang dah expert.

Anggaplah kelas seperti itu sebagai satu sesi perkongsian ilmu di antara peserta dan guru. Peserta datang daripada jauh semata-mata ingin belajar cara atau teknik membuat langsir tertentu yang dia belum mahir atau belum tahu. Sebagai guru, kita tidak boleh pandang lekeh kepada peserta kita. Mereka juga mempunyai kemahirannya yang tersendiri. Jika mengekalkan sikap rendah diri dan ikhlas, ada sahaja peserta yang akan memberitahu petuanya dan berkongsi ilmu dalam bidang berkaitan.

Mari kita selami kemeriahan bengkel langsir Disember 2013.

Sebelum tu nak beritahu, kelas grup kecil berjalan seperti biasa pada hujung minggu, tetapi hubungi kami dulu jika berminat untuk menyertai.

Peserta yang membayar RM498 akan mendapat set 8 pola langsir dan belajar menggunakan semua pola berkenaan dalam masa sehari suntuk! Macam tak percaya kan, tapi ramai dah yang lulus...

pertanyaan lanjut 013-3310221
Facebook* Sanggar Busana & Langsir
https://www.facebook.com/pages/Sanggar-Busana-Langsir/142174149155647



Jarum peniti pun diberi seorang satu.

 Kelas pun bermula.


Sesi belajar melipat scallop.


Nak buat sarung kusyen berhias bow.


Kelas praktikal, tekap, potong, jahit.


Bersama Cikgu Saidah.


Lakaran di whiteboard.


Dah siap dah..



Kami  menyediakan pola langsir untuk setiap seorang peserta bagi kemudahan memotong scallop.